• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW X6 xDrive35i M Sport CKD - RM666,888

BMW X6 xDrive35i M Sport CKD - RM666,888

September 11, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW X6 xDrive35i M Sport CKD-pandulajudotcom-26

BMW Group Malaysia melancarkan BMW X6 xDrive35i M Sport versi pemasangan tempatan (CKD) dengan mengekalkan rekabentuk yang sporty dan menarik.

Untuk makluman, BMW X6 adalah model ke-9 yang menyertai barisan model CKD di kilang Gurun, Kedah.

Dengan perbezaan harga sekitar RM52,000 di antara model CKD dan CBU (diimport sepenuhnya), X6 versi CKD ini dijual pada harga RM666,888.

HARGA:

  • BMW x6 CKD - RM666,888
  • BMW X6 CBU - RM719,000

BMW X6 xDrive35i M Sport CKD-pandulajudotcom-04PRESTASI:

Dijana unit enjin petrol 6-silinder bersesaran 3.0L, ia memiliki kuasa sehingga 306hp dan tork puncak 400Nm.

Hasil padanan kotak gear transmisi sport Steptronic 8-kelajuan, pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 6.4 saat dengan pecutan maksimum 240 kmj.

BMW X6 xDrive35i M Sport CKD-pandulajudotcom-23

Dari segi penggunaan bahan api pula, ia berupaya mencatat purata penggunaan bahan api 8.6L per 100km dan emisi CO2 200g/km.

LUARAN:

BMW X6 versi CKD membawakan rekabentuk ekstrovert dengan menggabungkan karekter versatil model-model BMW X dan BMW coupé yang sporty.

Lihat dari arah hadapan, model Sports Activity Coupé CKD ini didominasi oleh gril kidney yang lebar sehingga ke lampu utama Adaptive LED serta lampu kabus LED. Kedua-dua lampu itu hadir sebagai ciri standard.

Pakej M Sport yang dipasang sebagai ciri standard terdiri daripada pakej M Aerodynamics dan Suspensi Adaptive M. Ia juga hadir bersama rim aloi ringan jejari berkembar M bersaiz 20 inci.

BMW X6 xDrive35i M Sport CKD-pandulajudotcom-13DALAMAN:

Hadir dengan warna kabin yang istimewa, kemasan eksklusif dan upsholteri kulit Dakota, Ciri-ciri lain yang ada di ruang kabin BMW X6 termasuklah pendingin hawa empat zon serta lampu ambien eksklusif yang diletakkan pada ketinggian bahu.

Pakej M Sport turut menampilkan tempat duduk boleh dilaras secara elektrik bersama fungsi memori untuk kerusi hadapan.

4 WARNA MENARIK:

BMW X6 xDrive35i M Sport versi CKD didatangkan dalam warna putih (Alpine White), merah (Flamenco Red), hitam (Carbon Black) dan kelabu (Space Grey), bersama pilihan warna upholsteri kulit Dakota seperti hitam (Black), merah (Coral Red) dan coklat (Cognac).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW Group Malaysia, BMW X6 xDrive35i M Sport CKD, CKD, Kereta, Pandu Uji BMW X6 xDrive35i M Sport CKD, x6

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my