WEDGE Motorcycle tidak asing lagi dalam dunia kustom roda dua di Jepun kerana bengkel dinaungi Takashi Nihira itu sudah banyak kali mendapat penghargaan, baik di peringkat tempatan atau antarabangsa.
Wedge Motorcycle kali ini bermain dengan Honda GL400 menerusi badan café racer. Menurut Nihira, pelanggannya itu ada melihat hasil kustom Honda CB750 di Pameran Mooneyes 2016 sebelum dia memutuskan meminta Wedge Motorcycle menghasilkan café racer berasaskan CB dengan enjin 4-silinder.
“Saya tidak mahu guna formula sama kerana mahukan cabaran baharu dan mahu bereksperimen dengan enjin baharu Honda GL,” kata Nihira.
Resepi utama diperlukan: gaya café racer dan rim jejari, tetapi Takashi masih tidak dapat membayangkan sebuah café racer apabila kali pertama melihat GL400 (1981) itu yang didatangkan dengan aci pacu (drive shaft) dan rim Comstar.
BADAN MOTOR DIROMBAK
Ini bukan proses mudah kerana proses mengubah GL400 menjadi café racer memerlukan banyak pengubahsuaian. Di bahagian depan, Nihita menyambungkan fork dan hab daripada Yamaha SR400 menggunakan stem stereng SR yang diubah suai dan komponenn aluminium aftermarket SR.
Lebih sukar apabila dia mahu mengubah bahagian belakang. Selepas mengkaji, Nihira menemukan jawapan, rupanya GL1000 ialah generasi sama seperti GL400. Berita baiknya, model itu dipasankan rim jejari!
“Mulanya, saya kurang yakin sama ada bahagian hab sesuai atau tidak, saya beli satu set di e-Bay dan cuba.
“Perlu sedikit penyesuaian, tetapi bahagian gear pada hab boleh dimuatkan pada GL400 dan saya berjaya ubah rim asal kepada rim jejari,” kata Nihira . Hasilnya, rim depan didatangkan dengan saiz 18-inci dan 17-inci (belakang) bersama balutan tayar Pirelli Phantom Sportscomp.
BREK JADI ISU
Menariknya, hab Honda GL1000 mengunakan brek cakera berbanding GL400, cuma brek dram. Justeru, brek cakera depan diambil daripada CB550 dengan kaliper Brembo 4-pot, rotor Sunstar dan silinder master Grimeca. Bahagian belakang dipasangkan kaliper Brembo 2-pot.
Nihira turut menghabiskan masa lama menyelesaikan masalah brek dan rim. Dia jelas tidak mahu berkompromi dengan masalah tersebut kerana rim dan brek memberikan impak besar kepada gaya dan pengendalian serta menjadi ruang besar dari siluet sisi.
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork depan Yamaha SR400, manakala bahagian belakang menggunakan monoshock berbanding dual absorber sebelumnya. Nihira juga sempat menggunakan sistem kantilever (TZ750) atau Ducati Panigale di sisi kiri sahaja, tetapi tidak dapat menahan gerakan dengan betul dan tidak lancar.
SUBFREM BAHARU
Nihira turut merekabentuk subfrem baharu yang memberikan ruang kosong di bawah pelana. Beliau juga menghabsikan banyak masa untuk membangunkan bahagian hanger enjin dan pivot swingarm dengan manik kimpalan tambahan. Kemudian anda akan dapati ekzos kustom keluli tahan karat di bahagian kiri dan kanan ialah berbeza ketinggian kedudukan.
Melengkapkan penampilan GL400, Wedge Motorcycle memilih meter kelajuan Motogadget bersaiz kecil dan set clip-on disepadankan dengan kawalan kustom serta lampu Mooneyes separas tangki dan bahagian belakang. Tangki dibuat mengikut model standard dengan perubahan minimal bagi menonjolkan rupa jentera. Selepas pelbagai kesusahan dihadapi, hasil karya Honda GL400 Cafe Racer itu nyata mengagumkan.
SUMBER: Wedge-Motorcycle.tokyo
Leave a Reply