• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pemilik Bentley Bentayga Guna Cap Jari untuk Simpan Barang

Pemilik Bentley Bentayga Guna Cap Jari untuk Simpan Barang

March 23, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA berpeluang memandu Bentley Bentayga, model itu bukan sekadar direka sebagai kenderaan paling bernilai dan mahal. Divisyen khas Bentley, Mulliner mencipta storan biometrik untuk Bentayga yang mampu memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik sedan mewah itu.

Ruang storan itu menampilkan teknologi sensor cap jari kapasitif yang sama seperti digunakan telefon pintar moden. Teknologi bimetrik tersebut diaplikasikan pada unit storan aluminium tuang (die-cast) tekanan tinggi dalam kabin dan menjadi tempat paling ideal untuk menyimpan apa saja barang berharga milik si tuan kereta.

Bahagian dalaman dan luaran storan turut dilengkapi dua port USB dan soket auksiliari. Seperti mana produk lain dibangunkan Mulliner, tiada harga diumumkan bagi unit simpanan biometrik tersebut. Semestinya wang bukan jadi isu besar bagi pemilik Bentayga yang mahu menambah ciri keselamatan tambahan dalam kereta mereka itu.

BACA >>> #GMS2018: Bentley Bentayga Plug-In Hybrid - Sedan Mewah Hibrid Pertama Dunia

Ketua Teknikal Operasi Mulliner, Uday Senapati berkata, ruang stroan biometrik Mulliner itu diletakkan di tempat tersembunyi daripada pandangan.

"Kami menggabungkan teknologi sensor cap jari kapasitif daripada telefon pintar yang boleh menyimpan banyak data cap jari, membolehkan pemilik menetapkan orang tertentu saja untuk mengakses barang berharga milik mereka," katanya.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bentley Bentayga (2018), biometrik, ciri keselamatan, Mulliner, Roda4, Sedan, sedan mewah, sensor biometrik, Uday Senapati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my