PERCAYA atau tidak kita mungkin dapat membeli kenderaan elektrik (EV) lebih murah berbanding kereta petrol atau diesel menjelang 2025, iaitu tujuh tahun akan datang. Memang mengujakan jika betul ramalan itu menjadi kenyataan.
Tetapi bagaimanakah pula jika berlaku sebaliknya, misalnya harga pek bateri menurun, tetapi permintaan logam pula meningkat. Mnurut Bloomberg, pada 2024, sesetengah EV memiliki kos yang lebih kurang sama seperti enjin pembakaran dalaman kecuali kereta petrol jadi lebih murah berbanding tahun sebelum itu.
Disebabkan peningkatan pembuatan litium-ion secara besar-besaran, harga bateri boleh turun serendah AS$70 (RM274) per kWh menjelang 2030. Sebagai perbandingan, angka itu pada tahun lalu ialah AS$208 (RM814) per kWh yang menjadi alasan kenapa pengeluar meletakkan tanda harga tinggi pada produk EV.
Penganalisis Kewangan Tenaga Baru Bloomberg, Colin McKerracher berkata, jualan EV akan terus meningkat pada tahun mendatang, tetapi harga bateri masih perlu diturunkan lebih banyak untuk penggunaan pasaran massa sebenar.
Insentif Kerajaan jugamemainkan peranan penting kerana banyak negara sedang dalam usaha mengurangkan pencemaran udara. Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), tindakan melupuskan kereta diesel dan petrol lebih awal daripada jangkaan akan menambah 14,000 kerja tambahan dalam industri.
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply