• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Benelli 354 Sport Cafe Racer dari Itali, Tribut Khas Ferrari 512M

#BikinMotor: Benelli 354 Sport Cafe Racer dari Itali, Tribut Khas Ferrari 512M

March 24, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL 1960 dan 70-an mula menunjukkan kebangkitan apabila banyak model era itu kini menjadi projek kustom peminat permotoran masa kini. Era itu juga menyaksikan zaman keemasan perlumbaan kereta sport dan antara model paling diingati, Ferrari dan Ford GT40.

Bagi orang Itali, Ferrari 512M ialah jentera paling istimewa, dan Christian Moretti daripada bengkel Plan B Motorcycle mahu memberikan penghormatan khas untuk model supercar itu. Masanya tepat apabila seorang pelanggan datang dengan motosikal istimewa Itali era itu, Benelli 354 Sport yang bakal dibangunkan sebagai tribut khas untuk 512M.

Tahukah anda, Ferrari 512M ialah salah satu jentera lumba popular 24 Hours of Le Mans (1970). Justeru, Moretti memilih mengubah suai naked bike itu menjadi sebuah cafe racer dengan menggunakan skema semburan cat 512M yang memenangi perlumbaan 24 Hours of Daytona (1971).

ENJIN BAHARU, RUPA BAHARU

Perkara utama dilakukan, membuang enjin 345cc dan digantikan nadi baharu bersesaran 500cc. Masih lagi kekal 4-silinder, kuasa dihasilkan kini meningkat dua kali ganda bersama lebihan tork yang mengalir dalam casis kecil dan ringan.

Moretti melakukan 'port and polish' pada bahagian kepala silinder sebelum memasukkan komponen utama itu ke dalam enjin yang dibina semula. Percikan api kini dihasilkan sistem nyalaan elektronik Dynatech bagi menggantikan sistem lama.

BENELLI 354 SPORT

Bahagian ekzos mengembalikan semula era 70-an dengan konfigurasi 4-1-2-4 yang membekalkan kuasa optimum pada keseluruhan julat rev dan dipadankan peredam hidroform HP Corse bersalut seramik putih. Moretti turut memotong bahagian belakang dan digantikan subfrem baharu daripada alumunium ringan sebagai sokongan pelana lumba.

Penampilan lengan ayun (swingarm) belakang juga dibuat baru daripada besi tubular yang menopang tetapan absorber tunggal atau monoshock, sekali gus menambah baik geometri Benelli. Monoshock ialah item kustom daripada Gears Racing yang boleh dilaras pada semua parameter.

KEKAL RETRO

Namun, bahagian depan tidak disentuh. Diambil daripada Buell M2 Cyclone - keseluruhan susunan suspensi dan brek ialah peningkatan yang sangat besar. Rotor besar 340mm dengan kaliper 6-pot dipasangkan mudah pada rim 18-inci asli. Padanan tayar Avon pula mengekalkan imej vintaj dengan kualiti prestasi moden.

Bahagian depan kekal tidak berubah, tetapi dipadankan tangki minyak daripada keluli 0.8mm. Rekabentuk tangki gaya lumba itu turut dipasangkan tingkap tembus di kedua-dua sisi bagi memantau paras minyak. Bahagian belakang dan atas fairing diperbuat daripada gentian kaca, manakala bajak (belly pan), skup udara besar di sisi dan komponen lain menggunakan material aluminium.

Menarik?

GALERI

SUMBER: Return Of The Cafe Racers/Plan B Motorcycles

Related

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: benelli, Benelli 354 Sport, Benelli 354 Sport Cafe Racer, bikin motor, Christian Moretti, Ferrari, Ferrari 512M, Ford GT40, Plan B Motorcycle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my