• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Khairul Idham Tamat Kedudukan Ke-7 Di Albacete, Sepanyol

Khairul Idham Tamat Kedudukan Ke-7 Di Albacete, Sepanyol

September 8, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Khairul Idham Pawi-sepanyol-pandulajudotcom-02 (2)

KEJUARAAN Moto3 Remaja Dunia CEV Repsol FIM pusingan ke-5 yang berlangsung di Litar Albacete, Sepanyol menyaksikan pelumba negara Khairul Idham Pawi hanya berjaya tamat perlumbaan di kedudukan ke-7.

Bermula dari kedudukan ke-14, pelumba Honda Team Asia itu bangkit untuk menamatkan 19 pusingan perlumbaan akhir di kedudukan ketujuh dengan masa 30’57.053s. Khairul kini jatuh ke kedudukan keempat dalam senarai keseluruhan dengan 89 mata.

Sementara itu, Aron Canet terus mendahului kedudukan dengan 131 mata setelah memenangi perlumbaan dengan masa 30’38.996s di hadapan pelumba Itali, Nicolo Bulega dan Albert Arenas, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga dengan masa 30’45.094s dan 30’48.891s.

Khairul Idham Pawi-sepanyol-pandulajudotcom-04 (2)

“ Saya agak kecewa dengan aksi minggu ini dan cuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang dengan kelompok hadapan namun jentera tidak mempunyai kelajuan mencukupi terutama di selekoh yang tajam.

“ Kedudukan kami ketika ini jatuh ke tangga keempat, jadi saya perlu kembali ke atas podium pada perlumbaan akan datang,” jelas juara Honda Asia Dream Cup 2014 itu.

Dalam pada itu, Khairul turut teruja untuk membuat penampilan pertama di pentas Moto3 Kejuaraan Dunia atas tiket wildcard di Aragon pada 27 September ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Team Asia, KEJUARAAN Moto3 Remaja Dunia CEV Repsol FIM, Khairul Idham Pawi, Litar Albacete, Moto3, Sepanyol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev