• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: KTM Super Duke R (2019) Perkenal Enjin VVT?

#Spyshot: KTM Super Duke R (2019) Perkenal Enjin VVT?

March 22, 2018 By ZY Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDANGKAN 2019 bakal menjadi ulang tahun ke-4 jentera KTM paling buas, 1290 Super Duke R di pasaran, mungkinkah pengeluar motosikal dari Austria itu akan mengikuti jejak langkah pengeluar dua roda ternama lain dengan memperkenalkan enjin Pemasa Injap Variabel atau Variable Valve Timing (VVT)?

Laporan sumber Motorcycle.com menguatkan lagi spekulasi ini. Ada beberapa foto yang menunjukkan Super Duke R baharu kini sedang ditunggang uji yang mendedahkan perubahan signifikan ke atas model flagship itu.

Perbezaan ketara ialah saiz radiator yang kini lebih besar hingga melepasi garis madgad roda depan. Dengan penambahan saiz radiator, alur manifold turut diubah, kini melingkar di sisi crankcase. Khabarnya, sistem ekzos terbaharu itu dibina sebagai persiapan menghadapi piawaian emisi Euro 5 yang lebih ketat menjelang 2020.


Menguatkan lagi dakwaan Super Duke R akan menaik taraf enjin sedia ada kepada teknologi VVT adalah kelibat penutup plastik pada sisi kiri enjin yang menyembunyikan rekaan head. Apatah lagi KTM memang diketahui tidak pernah menutup bahagian tersebut berdasarkan foto spyshot beberapa model jenama itu sebelum ini.

Dari segi rekabentuk, perubahan major dapat dikesan pada panel sisi depan dan subfrem belakang yang menampilkan imej lebih agresif seperti ditonjolkan 790 Duke (2018). Lengan ayun atau swingarm turut diberi perubahan. Walaupun masih mengekalkan rekaan single sided, tetapi bersambung dengan suspensi linkage berbanding sambungan terus pada model terdahulu.

KTM 1290 Super Duke R (2019) dijangka membuat penampilan pertama di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, penghujung tahun ini.

SUMBER: Motorcycle.com

GALERI

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: KTM, KTM 1290 Super Duke R, ktm duke vvt, ktm super duke 1290, KTM Super Duke R, motosikal, roda2, Spyshot, variable valve timing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my