• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium - Marquez

#2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium - Marquez

March 22, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

509
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JUARA bertahan dan juga adinda MotoGP, Marc Marquez percaya Suzuki kali ini memiliki cukup kemampuan untuk mencabar gelaran juara dan pentas podium sepanjang musim 2018 berikutan prestasi baik ditunjukkan pengeluar dari Jepun itu pada saingan pusingan pertama di Qatar, minggu lalu.

Suzuki pernah sekali meraih podium MotoGP pada 2016, iaitu menerusi Maverick Vinales (pasukan sekarang Movistar Yamaha) dalam aksi GP Britain di Litar Silverstone. Namun, pasukan itu kemudian mengambil langkah berani apabila memutuskan menyingkirkan Vinales dan merekrut barisan pelumba baharu, Andrea Iannone (29) dan Alex Rins (42).

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

Musim 2017 berlalu dengan keputusan kurang memberangsangkan berbanding tahun ketika era Vinales. Tetapi, Iannone dan Rins kekal menyumbang mata dengan membantu Suzuki menjadi pasukan keenam daripada 12 pasukan terbaik MotoGP musim lalu. Iannone menamatkan musim 2017 di tempat ke-13, manakala Rins di tangga ke-16 daripada 27 pelumba yang mengumpul mata.

MENYINAR PADA MUSIM 2018?

Bagaimanapun, perkembangan musim ini jauh berbeza. Rins antara pelumba Suzuki paling menonjol dengan memperoleh keputusan ujian pramusim mengagumkan. Pelumba kelahiran Sepanyol itu ialah pelumba ketiga terpantas selepas tamat sesi ujian di Qatar, Jumaat lalu.

Rakan sepasukannya pula, Iannone berada di tangga ke-5, mengatasi pasukan Honda dan Yamaha.

 

Adinda Marquez (tengah) berswafoto bersama kekanda Rossi dan juara GP Qatar 2018, Daviozioso.

Situasi itu nyata disedari adinda Marquez yang memang terkenal dengan 'ayat-ayat pancing' dan play safe. Menurutnya, pasukan Suzuki memang ada potensi untuk menjadi juara dan meraih podium musim ini.

"Mereka (Suzuki) bersedia naik podium dan menang perlumbaan.

"Ketika berlumba di belakang Rins, dia dan motornya memang boleh pergi, jadi bertambah seorang lagi pencabar dan pelumba yang perlu diberikan perhatian," kata Marquez seakan bersungguh benar.

BACA >>> Menjelang MotoGP 2018, Iannone Mengadu Suzuki GSX-RR Tidak Laju, Bergegar

Tambah Marquez lagi, perlumbaan pembukaan di Qatar lalu menyaksikan pasukan Honda masih lagi bergelut. Pasukan Ducati menerusi Andrea Dovizioso, yang muncul pelumba terpantas dalam dua sesi latihan pertama, dilihat sebagai pelumba pilihan.

"Ducati sangat laju. Pilihan di sini ialah Dovizioso, dia memang selalu hebat berlumba (di Qatar), bukan tahun lalu saja, tetapi 2 atau 3 tahun lalu. Ducati memang menjadi, dan (Danilo) Petrucci juga dapat keputusan ujian baik dan mampu berada di depan.

RINS SAHKAN KEMAJUAN SUZUKI

Alex Rins menjadi pelumba MotoGP pertama jatuh dalam saingan di GP Qatar 2018.

Rins ketika ditemui pada sesi latihan minggu lalu turut mengesahkan kemajuan Suzuki sejak dia menyertai pasukan itu tahun lalu sambil menetapkan sasaran perlumbaan di Qatar untuk mengekalkan diri dengan kelompok pelumba barisan depan.

"Saya gembira dengan bagaimana kami bermula hujung minggu ini (di Qatar), saya tenang kerana ia mengesahkan kami bagus. Kami mengambil langkah besar berbanding tahun lalu. Saya lebih yakin dengan jentera, saya ada lebih kuasa dalam diri, lebih kilometer dengan jentera MotoGP.

"Faktanya bukan mudah kerana ada ramai pelumba dengan rentak yang baik - Petrucci, Marquez, Dovi dan Valentino (Rossi).

"Mereka pelumba yang sangat pantas dan segalanya sangat rapat. Matlamat saya adalah berada dalam kelompok mereka," kata Rins sebelum tersungkur pada pusingan ke-10 dalam aksi final di Qatar, Ahad lalu. Mujurlah Iannone berjaya meraih mata untuk Suzuki di tempat ke-9.

Alex Rins membawa baton Suzuki Ecstar MotoGP 2018.
Aksi Alex Rins dalam saingan GP Qatar 2018.
Andrea Iannone di GP Qatar 2018

SUMBER: RideApart

Related

509
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Rins, Andrea Iannone, Marc Marquez, Maverick Viñales, MotoGP, MotoGP 2018, Repsol Honda Team, Suzuki, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev