Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Honda Catat 10,000 Unit Tempahan
Auto Terkini

BERITA AUTO: Honda Catat 10,000 Unit Tempahan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

03 MD & CEO_LPL_TS Khamil_President & COO with the All-New City

SEPERTI dijangkakan, Honda City serba baharu yang diperkenalkan di pasaran tempatan, 20 Mac lalu memecah tradisi Honda Malaysia apabila mencatatkan 10,000 unit tempahan dalam tempoh sebulan. Angka itu melepasi rokod Honda CR-V mencatatkan tempahan 3,000 unit sebulan yang dilancarkan tahun lalu.

Biarpun menerima jumlah tempahan yang melepasi jangkaan, Honda Malaysia dijangka dapat menghantar kesemua 10,000 unit tempahan, akhir Jun depan.

Menerusi pembukaan kilang produksi kedua di Pegoh, Melaka, ia mampu meningkat dan mempercepatkan lagi volum pengeluaran dalam jangka masa singkat.

06 Models posing their hands on the All-New City

EMPAT VARIAN

Ditawarkan dalam empat varian iaitu S, S+, E dan V (spesifikasi tertinggi), City serba baharu dibina berasaskan konsep Exciting H Design, di mana ‘H’ bermaksud tumpuan terhadap manusia (Human Center) yang memberi fokus ke atas pemandu dan penumpang.

Bahagian hadapan sedan menampilkan wajah Exciting H Design yang berbentuk ‘solid wing face’, manakala belakang nampak lebar bersama imej premium dan gabungan lampu belakang serta panel plat sepadan. City generasi terbaharu dikuasakan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang pertingkat dengan kuasa maksimum 118hp pada 6,600rpm dan tork, 145Nm (4,600rpm).

Enjin City dipadankan Transmisi Variabel Berterusan (Continuous Variable Transmission-CVT) terkini yang dibangunkan di bawah ‘Earth Dreams Technology Honda dalam usaha menawarkan kombinasi prestasi dan penjimatan bahan api sempurna.

Buat pertama kali, City dilengkapi tambahan mod ECON sebagai ciri standard semua varian bagi meningkatkan penjimatan bahan api dengan hanya menekan satu butang sahaja. Falsafah ‘Manusia Maksimum, Mesin Minimum’ (Man Maximum, Machine Minimum) digunakan sebagai asas utama pembangunan kereta ini.

07 The All-New City and models

Memberi penekanan terhadap keselesaan premium, City menawarkan ruang kabin luas, terutama bahagian belakang bagi memberikan keselesaan kepada pemandu dan semua penumpang.

City turut menawarkan kapasiti but paling luas dalam kelas, iaitu 536L dan mampu memuatkan barang bersaiz besar seperti tiga bagasi besar atau empat bagasi sederhana, beg golf dan kereta sorong bayi, sekali gus memudahkan pemandu dan penumpang ke mana-mana sahaja bersama keluarga atau rakan-rakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 1-800-88-2020, manakala maklumat lengkap boleh diperoleh di semua bilik pameran Honda seluruh negara atau layari www.honda.com.my.

000 unit 10 Honda Honda City Honda Malaysia kilang honda Melaka Pegoh tempahan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.