• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500 - Cruiser Gaya Amerika dengan Sentuhan Urban

Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500 - Cruiser Gaya Amerika dengan Sentuhan Urban

March 21, 2018 By Aryon 1 Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROYAL Enfield mula melancarkan model gaya cruiser Thunderbird khas untuk pasaran India pada 2000. Beberapa tahun kemudian, Enfield mula mengemas kini model tersebut dengan menambah varian 350cc, dan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu model facelift. Terbaharu, pengeluar asal British yang kini berpangkalan di India itu mendedahkan model terbaharu Thunderbird X 350 dan 500.

Menurut Royal Enfield, siri X ialah model Thunderbird versi urban dengan menampilkan sentuhan moden ke atas motosikal gaya klasik Amerika itu yang dapat dilihat pada bar hendal, lampu utama, fender belakang dan indikator. Jentera asal 500cc dan model baharu 350cc itu turut diberikan rim aloi  yang khabarnya kali pertama diperkenalkan Royal Enfield.

Pasukan rekabentuk turut menghitamkan beberapa komponen seperti header dan ekzos, bar hendal, dan beberapa bahagian suspensi. Semua bahagian yang dihitamkan itu dikontraskan dengan warna terang dan menonjol.

BACA >>> Royal Enfield Thunderbird 350 'Spartan' - daripada Scrambler Jipang Jadi Cruiser Tampan

Pelana lekuk juga satu lagi tambahan baharu yang memberikan rupa seakan pelana cafe racer daripada aksesori Harley-Davidson. Kedua-dua varian X itu ditawarkan dalam dua warna berbeza dengan model bersesaran kecil (350cc) didatangkan warna Whimsical White (putih) dan Roving Red (merah), manakala versi suku liter berwarna Getaway Orange (jingga) atau Drifter Blue (biru).


Pemilik Thunderbird X Drifter Blue akan diberikan aksesori tulen seperti kowl lampu utama, penyandar pelana belakang, beg sisi kulit dan helmet Royal Enfield X.

GALERI
royal-enfield-thunderbird-x-4
royal-enfield-thunderbird-x-5
royal-enfield-thunderbird-x-13
royal-enfield-thunderbird-x-12
royal-enfield-thunderbird-x-1
royal-enfield-thunderbird-x-2
royal-enfield-thunderbird-x-3
royal-enfield-thunderbird-x-13
royal-enfield-thunderbird-x-10
royal-enfield-thunderbird-x-8
royal-enfield-thunderbird-x-7
royal-enfield-thunderbird-x-6
royal-enfield-thunderbird-x-9
royal-enfield-thunderbird-x-11

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, motosikal, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Thunderbird, Royal Enfield Thunderbird X 350, Royal Enfield Thunderbird X 500

Comments

  1. Sathiya says

    January 5, 2020 at 9:50 AM

    Area mana bro ini?
    Sebab saya tengah cari royal enfield TB 350x

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev