• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia K900 (2019) Siar Foto Rasmi Menjelang Debut New York Hujung Bulan Ini

Kia K900 (2019) Siar Foto Rasmi Menjelang Debut New York Hujung Bulan Ini

March 21, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA K900 (2019) menampilkan rupa luaran sebelum debut Pameran Auto New York 2018, akhir bulan ini. Khabarnya, sedan mewah Kia itu akan berada di pasaran global pada tahun ini juga.

K900 (2019) dibangunkan dua studio rekabentuk global Kia di Namyang, Korea Selatan dan Irvine, California, Amerika Syarikat (AS) yang mengetengahkan konsep minimalis pada rekaan luaran dan dalaman. Rekabentuk luaran direka ringkas, dengan gaya halus dan kemasan trim krom. Menurut Kia, ruang kabin turut mengekalkan konsep minimalis dengan menampilkan ciri kabin seakan kepompong.

Kia turut berkongsi perincian ringkas mengenai K900 (2019). Sedan itu akan tampil lebih panjang 580mm berbanding model terdahulu dengan ekstra ruang pada kabin dan kargo. Model ini juga dilengkapkan kluster meter digital 12.3-inci yang dipadankan jam analog pada papan pemuka, dihasilkan pengeluar jam mewah dari Switzerland, Maurice Lacroix.

Di Korea Selatan, K900 (digelar K9) akan menawarkan 3 pilihan enjin: 3.8L GDi V6, 3.3L V6 pencecas turbo berkembar atau 5.0L V8. Hanya opsyen enjin V6 dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD). Maklumat lengkap mengenai K900 (2019) akan diketahui lebih lanjut apabil melakukan debut rasmi pada 28 Mac ini di Pameran Auto New York 2018.

GALERI
2019-kia-K900-1
2019-kia-K900-2
2019-kia-k900-official-1
2019-kia-k900-official-2
2019-kia-k900-official-3
2019-kia-k900-official-4
2019-kia-k900-official-5
2019-kia-k900-official-6
2019-kia-k900-official-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia K900 (2019), Pameran Auto New York 2018, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev