• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pertandingan Rekabentuk Proton-DRB-HICOM Cabar Kreativiti Pelajar IPT

Pertandingan Rekabentuk Proton-DRB-HICOM Cabar Kreativiti Pelajar IPT

March 22, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON-DRB-Hicom U Creative Car Challenge (PD3C) 2018 kini bermula dengan membuka peluang kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam merekabentuk kenderaan.

Penyertaan yang sudah dibuka pada awal Januari lalu itu bukan saja melibatkan pertandingan utama PD3C tetapi dua lagi pertandingan tambahan:

  • Proton-DRB-Hicom U Car Modelling Challenge (Berkumpulan)
  • Proton-DRB-Hicom U Design Battle (Individu).

Pertandingan anjuran Universiti DRB-Hicom dengan kerjasama Proton sebagai penganjur utama dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) sebagai rakan teknikal itu baru saja dilancarkan dengan Proton menyediakan 15 unit kereta untuk kumpulan bertanding.

Berikut maklumat lengkap setiap kategori:

1. PROTON - DRB-HICOM U CREATIVE CAR CHALLENGE (PD3C)

Bagi pertandingan PD3C hanya 15 kumpulan akan dipilih dan pemantauan setiap projek akan bermula dari April sehingga Ogos. Di bawah kategori ini setiap kumpulan akan menerima sebuah kereta Proton menerusi sistem undian. Pembangunan kereta setiap kumpulan mestilah berdasarkan tiga segmen iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora; kereta penumpang (Gen 2, Suprima S, Saga, Preve); dan kereta kompak (Iriz).

Pemenang utama PD3C akan menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan trofi dan RM5,000 tempat kedua, RM3,000 (tempat ketiga) dan RM1000 (tempat keempat). Tidak ketinggalan pingat bersama sijil penyertaan.

2. PROTON - DRB-HICOM U Car MODELLING CHALLENGE

Sementara itu, peserta yang tidak terpilih menyertai PD3C jangan kecewa kerana mereka secara automatik layak menyertai kategori Proton-DRB-Hicom U Car Modelling Challenge. Di bawah kategori ini peserta perlu menghasilkan model menggunakan kadbod/tanah liat/pencetak 3D.

Bagi setiap model peserta perlu menghasilkan video mengenai proses reka bentuk kereta mereka dengan yuran penyertaan RM800. Di bawah kategori ini pemenang utama akan menerima wang tunai bernilai RM2,500 dan RM2,000 tempat kedua dan RM1,500 (tempat ketiga) bersama pingat serta sijil penyertaan.

3. PROTON - DRB-Hicom U DESIGN BATTLE

Kategori ini dibuka kepada orang awam, pereka auto professional, pensyarah, graduan, kakitangan dan pelajar kolej/universiti. Tema akan diberikan oleh ketua hakim ketika pertandingan berlangsung dan bahan atau keperluan akan diberikan kepada semua peserta.

Peserta perlu melengkapkan lakaran tangan dan lukisan dalam tempoh empat jam. Yuran penyertaan adalah RM300 dan sistem pemarkahan berdasarkan kepada dua ketagori iaitu institusi awam dan swasta.

Pemenang utama akan menerima wang tunai bernilai RM1,500, manakala RM1,200 tempat kedua dan RM1,000 (tempat ketiga) bersama pingat serta sijil penyertaan.


CABARAN KEWANGAN PESERTA

 Pensyarah Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi, Dr Ruwaidy Mat Rasul wakil Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menyatakan cabaran paling utama dalam kalangan peserta ialah belanjawan.

“Bertanding dalam kategori desain melibatkan kos yang tinggi dan kami perlu bijak mengatur strategi untuk projek berjalan lancar pada masa sama memenuhi kriteria peraturan dan bijak mengawal kos.

Unisza yang menerima kereta Proton Suprima itu perlu melakukan perubahan dan kreativiti dalam mendesain semula reka bentuk kenderaan yang diterima serta menghasilkan teknologi yang boleh diguna pakai oleh pihak pengeluar. Setiap peserta PD3C memiliki tempoh enam bulan sebelum hari penilaian sebenar pada September nanti.

GALERI

 

 

 

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DRB-Hicom, Proton, Proton-DRB-Hicom U Creative Car Challenge (PD3C)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev