• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Sedang Bangunkan Enjin 2-Silinder untuk Kereta?

Hyundai Sedang Bangunkan Enjin 2-Silinder untuk Kereta?

March 22, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI khabarnya sedang membangunkan enjin 2-silinder berdasarkan permohonan paten yang difailkan pada 9 Disember 2016 dan disiarkan 15 Mac lalu. Apa dipaparkan ialah perincian trenkuasa (powertrain) dengan enjin 2-silinder dan satu motor yang berfungsi mengurangkan gegaran dan bising yang menyumbang kepada kecekapan bahan api.

Paten tersebut menumpukan kepada berat imbangan (balance weight) yang direka untuk mengimbangi berat piston dalam pelbagai cara, sama ada antara silinder, antara enjin dan motor bantuan, atau bahagian berlawanan dari motor.

Berdasarkan gambarajah didedahkan, jelas dapat dilihat:

  • Rekabentuk trenkuasa, terdiri daripada enjin 2-silinder termasuk piston pertama yang diatur dalam silinder pertama, dan piston kedua yang diatur dalam silinder kedua.
  • Aci engkol (crankshaft) yang disambungkan pada piston pertama dan kedua melalui pin engkol (crank pin) pertama dan pin engkol kedua.
  • Satu motor.
  • Transmisi yang disambungkan kepada motor.
  • Klac selektif yang dikonfigurasi untuk menyambungkan motor kepada aci engkol.
  • Bahagian berat (weight portion) termasuk rim dalaman (inner rim) yang dikonfigurasi untuk menghubungkan aci engkol.
  • Cakera yang disambungkan kepada rim dalaman dan rim luaran (outer rim) untuk bahagian berat
  • Berat imbangan (balance weight).

Secara lebih spesifik, berat imbangan disambungkan kepada rim dalaman, cakera dan rim luaran. Berat imbang mungkin diatur supaya jadi simetri untuk posisi bagi pin engkol pertama dan kedua. Walaupun perincian paten sangat teknikal dan tidak  menarik, apa yang pasti Hyundai kini memang sedang cuba membangunkan enjin 2-silinder dalam menghasilkan kenderaan menjimatkan.

Ini bukanlah kali pertama kereta menggunakan enjin 2-silinder. Volkswagen XL1 juga dikuasakan enjin 2-silinder diesel 800cc dengan pengecas turbo. Adakah kita dapat melihat enjin 2-silinder Hyundai dalam versi pengeluaran?.

SUMBER: AutoGuide

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, enjin, enjin 2-silinder Hyundai, hyundai, paten, Roda4, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev