• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

#TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

March 25, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INITIAL D ialah manga (komik Jepun) genre sukan yang ditulis dan diilustrasikan Shuichi Shigeno, dan diterbitkan secara bersiri dalam majalah manga mingguan, Young Magazine bermula 1995 hingga 2013, manakala manga versi tunggal pula diterbitkan Kodansha, terdiri daripada 48 bab keseluruhan.

Selain manga, Initial D turut dijadikan anime (animasi), terdiri daripada beberapa stage (1998-2016) dan satu filem aksi (2005). Berikut 10 fakta ringkas tentang Initial D yang mungkin anda tidak perasan dan tidak tahu:

1. Stesen minyak GS dalam Initial D sebenarnya dilukis berasaskan stesen minyak Esso.

2. Watak Initial D dilihat kerap memakai pakaian berbeza setiap hari. Bagaimanapun, ini bukan kebiasaan pada peringkat awal siri komik manga itu, cuma berubah peringkat selepas itu.

3. Takumi Fujiwara memandu secara haram sekitar jalan raya Jepun sebelum dapat lesen memandu sah.

4. Shuichi Shigeno (pencipta Initial D) memperoleh semua maklumat berkaitan aksi drift daripada pelumba profesional, Keiichi Tsuchiya yang juga dikenali sebagai 'Raja Drift'.

BUNTA FUJIWARA
BUNTA FUJIWARA
TAKUMI FUJIWARA
TAKUMI FUJIWARA
SHUICHI SHIGENO
SHUICHI SHIGENO

5. Shuichi Shigeno juga pemilik Toyota Sprinter Trueno GT-Apex (AE86) dan Subaru Impreza WRX Type R STI Version V (GC8). Kedua-dua model itu digunakan dalam siri Initial D.

6.  Watak Bunta Fujiwara dalam versi animasi atau anime ditutup matanya, tetapi tidak dalam filem aksi Initial D.

7. Gunung Haruna ialah gunung sebenar yang menjadi lokasi utama berlumba dalam siri Initial D dengan menggunakan nama fiksyen, Akina.

8. Jika anda fanatik permainan video PSP, Initial D Street Stag, warna kereta Bunta berbeza dengan versi anime.

9. Jenama kereta Trueno (di depan kereta Takumi) pada peringkat awal dieja Toreno, hingga Toyota memberi kebenaran menggunakan nama sebenar.

10. Sebelum Initial D, Shuichi Shigeno turut menghasilkan manga lumba motosikal berjudul Baribari
Densetsu yang ceritanya sama seperti Initial D.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Manga Dunia Permotoran (Selain Initial D) yang Mungkin Anda Tidak Tahu

GALERI
initial-D-1
initial-D-2
initial-D-3
initial-D-4
initial-D-5
initial-D-6
initial-D-7
initial-D-8
initial-D-9
initial-D-10
initial-D-11
initial-D-12

SUMBER: SimpleFacts

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: animasi, anime, autotainment, Baribari Densetsu, Bunta Fujiwara, Gunung Haruna, Haruna Mount, Initial D, Initial D Street Stag, kartun, Keiichi Tsuchiya, manga, Roda4, Shuichi Shigeno, Takumi Fujiwara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev