• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Intruder 150 FI Lancar di India, Kini Lebih Cekap Bahan Api

Suzuki Intruder 150 FI Lancar di India, Kini Lebih Cekap Bahan Api

March 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Intruder 150 FI
rasmi diperkenalkan Suzuki Motorcycle India (SMI) pada harga ₹106,896 (RM6,428). Model cruiser itu kini dilengkapi Teknologi Suntikan Bahan Api Termaju Suzuki dengan enam sensor yang berfungsi mengira jumlah optimum minyak diperlukan untuk pembakaran enjin lebih baik.

Sistem itu membekalkan respon terotel tepat dalam sebarang rev yang memudahkan proses menghidupkan motosikal ketika enjin sejuk. Menariknya, varian suntikan bahan api (fi) ini menghasilkan kuasa dan tork sama dengan versi karburetor.

Enjin 154.9cc SOHC penyejukan udara berupaya menghasilkan kuasa 14.5hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 14Nm (6,000rpm) yang kemudian digabungkan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Secara visual, tiada apa yang membezakan versi fi dan karburetor.

Intruder 150 FI boleh dicam menerusi lencana FI pada kowl bar hendal. Bahagian yang dikitar semula termasuk fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Cruiser paling kecil dalam barisan famili Intruder itu turut dipasangkan brek cakera bersama ABS saluran tunggal untuk lebih keyakinan membrek.

Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran SMI, Sajeev Rajasekharan berkata, sejak dilancarkan, Intruder sudah terjual hingga 15000 unit, iaitu yang lebih 25 peratus sasaran jualan.

"Dengan penampilan menggoda yang dipadankan ciri futuristik seperti ABS dan teknologi suntikan bahan api, Intruder menawarkan ciri premier pada cruiser (dalam kelas sama) yang tiada pada model lain," katanya.

Bagi tunggangan lebih selesa, pesaing kepada Bajaj Avenger Street 180 itu memilih rim aloi 17-inci yang dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/60 (belakang). Dimensi pula berukuran 2130mm panjang, 805mm (lebar), 1095mm (tinggi), 1405mm (jarak roda) dan 170mm (kelegaan tanah).

Ketinggian pelana 740mm agak tinggi bagi penunggang Asean, manakala berat 148kg masih lagi nisbah berat yang bersesuaian untuk mengendali jentera cruiser itu dengan selesa, manakala kapasiti tangki sebanyak 11 liter. Intruder menawarkan dua pilihan warna: Metallic Oort/Metallic Matt Black No 2 dan  Glass Sparkle Black/Metallic Matt Titanium Silver.

GALERI
suzuki_intruder_india1
suzuki_intruder_india2
suzuki_intruder_india3
suzuki_intruder_india8
suzuki_intruder_india
suzuki_intruder_india4
suzuki_intruder_india5
suzuki_intruder_india6
suzuki_intruder_india7

 

Related

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Avenger Street 180, cruiser, roda2, Suzuki, Suzuki Intruder, Suzuki Intruder 150, Suzuki Intruder 150 FI, Suzuki Intruder 150 FI (2018), Suzuki Motorcycle India Private Limited (SMIPL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev