• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rupanya Inilah Cerita Sebenar Yang Berlaku Pagi Tadi Di Jalan Kuching

Rupanya Inilah Cerita Sebenar Yang Berlaku Pagi Tadi Di Jalan Kuching

September 3, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PAGI tadi, laman sosial viral kononnya jambatan runtuh di Jalan Kuching (berhampiran SOGO) menghala ke pusat bandar dan menghempap beberapa kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Walau bagaimana, perkara itu tidak benar dan pihak polis sudah mengesahkan kesesakan berlaku pagi tadi adalah berpunca daripada kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada BERNAMA, kemalangan yang berlaku pada jam 8.30 pagi itu membabitkan sebuah kereta, sebuah van dan tiga motosikal.

Ia berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipercayai dipandu menghala ke Kepong hilang kawalan di kawasan selekoh sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

Kereta terbabit kemudian melanggar sebuah van di lorong kanan menyebabkan ia berpusing menghala arah bertentangan dan dilanggar oleh tiga motosikal yang gagal mengelak.

[wpvideo DrtghqXC]Van jenis Nissan Vanette itu mengalami kebakaran pada bahagian hadapan yang kemudian telah dipadamkan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan penyelamat Titiwangsa.

Menurut polis, pemandu van terbabit, Tan Chee Kian,47, mengalami gegaran otak dan patah kaki kanan, manakala seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Ego, Mohamad Farif Abdul Aziz,27, patah tangan kiri. Mangsa kini sudah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Secara peribadi, abang kesal dengan apa yang disebarkan tanpa sebarang usul periksa. Persoalannya, kenapa kita harus SHARE atau komen sesuka hati tanpa usul periksa? Seronok ke jadi orang pertama SHARE tanpa tahu ia benar atau tidak? Siap ada yang tulis "TOLONG VIRALKAN". Mohon terasa bagi yang menulis.

Tepuk dada tanya selera!!!

Related

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bernama, Jalan Kuching, Kemalangan jalan kuching, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev