• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Spyshot Proton Boyue Tersebar Lagi - Warna Merah Gitu!!!

Foto Spyshot Proton Boyue Tersebar Lagi - Warna Merah Gitu!!!

March 16, 2018 By Abang GYL 2 Comments

FacebookTwitter

spyshot proton boyue merahSEMAKIN hari semakin banyak pula foto spyshot Proton Boyue (jika Proton guna nama sama) berkeliaran di media sosial. Terbaharu, kami menerima beberapa lagi foto spyshot yang dikirimkan oleh Aiman.

Apa yang menarik, foto spyshot yang dikirimkan oleh Aiman ini adalah warna baharu yang kami rasakan belum pernah dikongsikan oleh mana-mana pihak di media sosial. Warna yang kami maksudkan ialah merah.

Ya, beberapa foto spyshot yang diambil ini adalah Proton Boyue berwarna merah berbanding hitam dan putih sebelum ini. Kami yakin unit ujian berwarna merah mungkin dalam pertimbangan Proton untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan pada hujung tahun ini.

Jika difikirkan secara logik, kami beranggapan warna merah yang ditampilkan pada Boyue ini akan jadi kenyataan memandangkan model Proton sedia ada juga turut memiliki warna berkenaan.

proton boyue merah2 PILIHAN ENJIN

Di China, Boyue ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA). Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 - 4,500rpm).

Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang spesifikasi enjin yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia kelak.

proton boyue merah
spyshot proton boyue merah

BERAPA HARGA?

Begitu juga dengan harga, semuanya masih lagi menjadi tanda tanya? Tetapi berdasarkan maklumat kami terima, tahap pengendalian Boyue akan ditala oleh Proton. Begitu juga dengan penggunaan casis, sama seperti model-model Proton sedia ada.

Sebelum ini, saya bersama rakan media lain dari Malaysia menjadi antara kumpulan terawal berpeluang memandu uji Boyue di China. Secara peribadi, kami berpendapat pemilihan Boyue paling tepat kerana SUV itu adalah antara model terlaris Geely.

Anda harus tahu, kereta China dahulu bukan lagi sekarang. Kualiti produk dan pemasangan kereta China kini sudah berada pada satu tahap membanggakan. Tidak perlu cakap banyak. Anda hanya perlu duduk dan rasai sendiri kualiti pada Boyue. Aksesori dan produk diguna pakai cukup berkualiti.

Rasa tak sabar pula nak tunggu kehadiran Proton Boyue di Malaysia!

BACA >>> #PanduUji: Mampukah Geely Boyue Diterima Rakyat Malaysia? Ini Jawapan Kami...

GALERI

spyshot proton boyue merah
spyshot proton boyue merah
proton boyue merah
proton boyue merah
spyshot proton boyue
spyshot proton boyue
spyshot proton boyue
spyshot proton boyue
spyshot proton boyue
harga proton boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga proton boyue, kereta suv proton, Proton, Proton Boyue, proton boyue malaysia, spyshot proton boyue merah, suv proton boyue

Comments

  1. Borhan Linggam says

    March 16, 2018 at 4:39 PM

    cantiknya gambar spyshot tersebut 😀

    Reply
  2. WajaOner says

    March 17, 2018 at 6:59 PM

    Harap harga mampu beli <60k.. toyota rush gagal = mahal, perodua nautica pun gagal = mahal
    * jika mahal, hanya boleh laku small volume la. Huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev