• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Siar Lakaran Ruang Kabin K900 (2019), Kental Pengaruh Rekaan Mercedes-Benz

Kia Siar Lakaran Ruang Kabin K900 (2019), Kental Pengaruh Rekaan Mercedes-Benz

March 16, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA menyiarkan lakaran rekabentuk yang menunjukkan rupa papan pemuka dan dalaman K900 (2019). Sedan saiz penuh itu dijangka debut bulan ini sempena Pameran Auto New York 2018. Kia sebelum ini terlebih dahulu mendedahkan lakaran rupa luaran K900, tetapi kali ini rupa kabin yang siap direka semula pula ditunjukkan.

Berdasarkan lakaran tersebut, apa yang dapat dikesan ialah pengaruh kuat Mercedes-Benz terhadap konsep rekaan yang digunakan K900 (2019). Misalnya, sulaman berlian pada pintu memang cukup ketara menonjolkan imej Mercedes-Benz, manakala barisan butang perak di bawah skrin infotainment terapung juga sinonim dengan rekabentuk terkini jenama mewah dari Jerman itu.

Rekabentuk menarik lain termasuk roda stereng 4 jejari, konsol tengah dengan punat pilih bentuk rotari dan paparan pemuka digital.

Tidak dapat dipastikan apakah platform yang akan digunakan K900 (2019), termasuk enjin. Ada khabar mendakwa model tersebut akan dibangunkan atas platfom K900 sedia ada, termasuk Genesis G80 dan G90. Enjin 3.3L Lambda V6 dikatakan calon paling sesuai untuk sedan mewah itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kia, Kia K900 (2019), Pameran Auto New York 2018, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my