• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Renault Twingo Red Night Edition, Lebih Personaliti dengan Enjin Belakang

Renault Twingo Red Night Edition, Lebih Personaliti dengan Enjin Belakang

March 16, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KALAU memerlukan sebuah kereta kecil untuk keluar meronda di bandar, memandu Renault Twingo ialah keputusan yang baik. Walaupun cuma berstatus city car, model ini dilengkapi ciri serba inovatif yang menawarkan keupayaan pengendalian mantap dan paling unik, enjinnya di belakang. Sekarang bayangkan enjin Perodua Axia ada di belakang.

Kali ini, Renault mahu memastikan model segmen-A ini lebih istimewa dan menarik perhatian dengan memperkenalkan Twingo edisi khas, Red Night yang menampilkan sentuhan unik seperti strip merah sepanjang sisi badan, rim khas 16-inci potongan berlian dengan hab merah. Ruang kabin menerima campuran hitam-merah untuk upholsteri kulit/fabrik dan trim hitam dengan aksen merah.

LEBIH CIRI KHAS

Model ini turut dilengkapkan penyaman udara dengan kawalan suhu automatik, sensor hujan dan lampu, bantuan parkir, lampu kabus belok, dan sistem audio R&G, yang biasanya ditawarkan sebagai opsyen, tetapi didatangkan sebagai standard untuk Twingo Red Night. Ciri khas lain sudah tentu lencana khas luar dan dalam seperti dijangka.

Pembeli boleh memilih antara 3 warna luaran dan 2 opsyen enjin, dengan transmisi manual atau dual-klac (DCT), atau memilih versi bumbung terbuka kanvas.

BACA >>> Renault Twingo Iconic Special Edition di UK - Harga Bermula RM80,723

Kepada mereka yang tidak mengenali Twingo, model ini ialah Smart ForFour versi Renault yang dibina atas platfom baharu yang dikongsi bersama Daimler untuk model generasi terkini masing-masing. Memasuki edisi ketiga untuk Twingo, model platform baharu ini bakal menggantikan model terdahulu yang dilancarkan sejak 2014, daripada kereta berenjin depan/3-pintu kepada berenjin belakang/5-pintu.

Model Twingo tidak dipasarkan di Amerika Utara, dengan atau tanpa edisi Red Night. Oleh itu, sekiranya anda berminat dan tidak mendapatinya di kawasan anda, barangkali berpindah ke Perancis merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk memiliki model ini.

Terlupa mahu cakap, Twingo edisi khas ini bolehlah dipanggil FDM (France Domestic Market) kerana cuma dijual di Perancis pada harga €14,900 (RM72,190). Bukan saja tiada di Malaysia, tetapi juga tidak dijual di Amerika Syarikat dan negara Eropah lain.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Renault, Renault Twingo Red Night Edition, Roda4, Twingo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my