• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Cagiva Bakal Kembali Sebagai Jenama Motosikal Off-Road Elektrik

Cagiva Bakal Kembali Sebagai Jenama Motosikal Off-Road Elektrik

March 15, 2018 By admin.pandulaju 2 Comments

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA dari Itali yang sekian lama tidur, Cagiva khabarnya bakal kembali semula dalam bentuk jentera off-road elektrik. Prototaip pertama dijangka membuat penampilan di Pameran Motosikal Itali (EICMA) 2018, hujung tahun ini. Berita tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Giovanni Castiglioni yang juga pemilik utama jenama Cagiva, dalam siaran media sempena pelancaran model baharu, Brutale 800RR (2018).

BACA >>> Cagiva Mito 125 - Legenda Sportbike 2-Lejang, Pernah Jadi Mainan Rossi

Nama Cagiva berasal daripada pengasasnya, iaitu datuk kepada Castiglioni, yang juga bernama Giovanni. Beliau mula memasuki perniagaan motosikal bermula 1978, dan mula mendapat nama melalui perlumbaan Grand Prix (GP) dan motocross. Paling diingati ialah memenangi kejuaraan Rali Dakar 1990 dan 1994 menerusi jentera Cagiva Elefant (gambar bawah, putih).

CAGIVA ELEFANT DAKAR
CAGIVA ELEFANT DAKAR
CAGIVA MITO 125
CAGIVA MITO 125
CAGIVA V593
CAGIVA V593

Pada 1985, Cagiva membeli Ducati dan menghasilkan pelbagai model melalui jenama terkenal tersebut. Tahun berikutnya menyaksikan jenama yang berpangkalan di Varese, Itali itu terus berkembang dengan memiliki jenama dua roda lain seperti Moto Morini, dan Husqvarna, termasuk membeli MV Agusta pada 1991.

DISTRUKTUR SEMULA

Namun, langit tidak selalu cerah. Selepas Cagiva menjual hak pemilikan Ducati kepada Texas Pacific Group pada 1996, pengeluar motosikal itu terpaksa distrukturkan semula yang menyaksikan MV Agusta menjadi jenama utama.

Sejak itu, perkembangan Cagiva agak pasif hingga berita kemunculan motosikal off-road elektrik yang bakal dikeluarkan kelak dengan mensasarkan segmen off-road. Walaupun perincian motosikal elektrik itu tidak didedahkan, tetapi Cagiva dijangka mengeluarkan model versi ringan (lightweight), setaraf jenama motosikal elektrik off-road, Alta, atau basikal gunung elektrik buatan Bultaco.

MV Agusta masih menguasai jenama Cagiva seperti Mito, Elefant dan SST. Model baharu kali ini dijangka mengambil nama salah satu model asal tersebut bagi mengembalikan kegemilangan dan sebagai penghormatan.

SUMBER: Motorcycle.com

Related

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cagiva, EV, Giovanni Castiglioni, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, MV Agusta, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev