• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Varian Baharu, Kia Sportage 2.0 EX Diperkenalkan di Malaysia - Harga RM129,888

Varian Baharu, Kia Sportage 2.0 EX Diperkenalkan di Malaysia - Harga RM129,888

March 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Kia Malaysia menambah satu lagi varian baharu, Kia Sportage 2.0 EX untuk pasaran tempatan. Pengemaskinian kosmetik terbaharu ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dibuat supaya tampil lebih segar dan relevan di pasaran massa selain memberikan pilihan berbeza kepada pelanggan.

Sportage 2.0 EX kini diserlahkan dengan padanan rim aloi 18-inci, sensor parkir depan dan belakang, sensor hujan dan cermin sisi boleh lipat dengan signal ulang (repeater). Imej garang diserlahkan menerusi lampu depan elegan bersama lampu siang (DRL )LED dan dilengkapkan gril signatur Kia - hidung harimau.

Pemilikan SUV sporty itu ditingkatkan menerusi ciri  masukan tanpa kunci, butang mula-henti, dan penyaman udara automatik. Malah sistem audio 5-inci digantikan skrin sentuh lebih besar bersaiz 7-inci dengan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

Keselamatan pemanduan malam dibekalkan ciri cermin elektrokromik(ECM) dan cermin pandang belakang auto-malap. Demi ketenangan minda pemilik, Kia Sportage didatangkan dengan 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Stabiliti Kenderaan Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Daki (HAC).

Material Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju (AHSS) untuk struktur binaan badan menyumbang kepada rating 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran Euro NCAP.

HARGA RM130k

Sportage 2.0 EX dijual pada harga RM129,888 dengan 5 pilihan warna hitam, biru, merah, putih mutiara dan perak. Model itu didatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Serentak pengenalan Sportage 2.0 EX di pasaran, yang dijual bersama Sportage GT Diesel AWD, Naza Kia Malaysia memutuskan menamatkan pengeluaran dua lagi varian:  Sportage GT Petrol 2WD dan Sportage KX.

 

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia Malaysia, Kia Sportage, Kia Sportage 2.0 EX, Kia Sportage GT Diesel AWD, Kia Sportage GT Petrol 2WD, Kia Sportage KX, Naza Kia Malaysia, Sportage, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my