• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Honda UK Tawar Diskaun untuk Mesin Rumput, Kini Semua Orang Boleh Beli Jenama 'H'

Honda UK Tawar Diskaun untuk Mesin Rumput, Kini Semua Orang Boleh Beli Jenama 'H'

March 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA UK menawarkan penjimatan hebat sempena 2018 bagi barisan produk bukan kereta, dan bukan motosikal, tetapi mesin rumput. Model jentera penyenggaraan laman rumah itu kini dijual di pusat jualan sah Honda seluruh Britain dan juga secara atas talian menerusi laman Store.Honda.co.uk.

Kepada mereka yang mencari mesin rumput tolak, bolehlah mempertimbangkan barisan model Pedestrian Mowers  dengan tanda harga bermula £499 (RM2,707). Penjimatan paling tinggi adalah sebanyak £100 (RM542) yang ditawarkan untuk model HRX, HRH dan HRD. Dilengkapi inovasi pintar dan teknologi unik, model Pedestrian Mowers cukup ideal untuk halaman rumah bersaiz sederhana dan besar.

TAWARAN HINGGA 31 JULAI

Sememangnya direka untuk mudah digunakan dan disenggara, barisan mesin rumput tolak terlaris, IZY dengan kod model HRG dijual pada harga bermula £299 (RM1,622). Didatangkan dalam pakej super ringan, produk IZY sesuai untuk halaman rumah bersaiz kecil hingga sederhana dan mudah dikendalikan atas permukaan sukar.

BACA >>> Kajian Interbrand: Honda, Jenama Automotif ke-4 Terbesar Dunia, Dinilai RM96.31 Bilion!

Akhir sekali ialah mesin rumput elektrik, HRE330 13" Elelctric yang dijual pada harga £109 (RM591). Jentera ini bukan saja ringan, tetapi juga senyap. Dengan ciri potongan 33sm dan kuasa motor 1100 Watt, model ini didatangkan dengan ciri pemegang boleh lipat yang mudah disimpan dan diangkut.

Berminat? Tawaran promosi sah hingga 31 Julai ini dan penghantaran ialah percuma. Kini sesiapa saja boleh miliki jenama 'H' di rumah.

HRX476
HRG466
HRE330 13" ELECTRIC
HF2315

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: autotainment, Honda, Honda Malaysia, Mesin Rumput, mesin rumput Honda, mesin rumput tolak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev