• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GMS2018: Tata H5X Concept - SUV India dengan Konsep DNA Land Rover

#GMS2018: Tata H5X Concept - SUV India dengan Konsep DNA Land Rover

March 12, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

FacebookTwitter


MODEL konsep terkini Tata, crossover H5X dan sedan kompak E-Vision (gambar bawah) tampil jauh berbeza berbanding model bajet, Nano dengan mengetengahkan ilham masa depan pengeluar automotif dari India itu.

Sejak memiliki Jaguar Land Rover, barisan model dihasilkan kedua-dua pengeluar menampilkan beberapa persamaan rekabentuk seperti Discovery Sport, Range Rover Evoque dan Jaguar E-Pace kerana masing-masing berkongsi platform OMEGA, iaitu singkatan daripada Arkitektur Termaju Global Efisien Modular Optimal (Optimal Modular Efficient Global Advanced Architecture - OMEGA).

GAYA FUNKY, MASKULIN

Model konsep H5X, yang dikuasakan enjin diesel, pernah dipamerkan pada pameran Auto Expo di New Delhi, India bulan lalu, dan kini di Pameran Motor Geneva 2018. Namun, tidak banyak perincian yang didedahkan Tata tentang model konsep tersebut.

H5X memiliki gaya funky dengan raut gerbang roda sedikit petak. Fender maskular dengan lampu utama tirus, plat skirt dan pelapik plastik menawarkan imej off-road. Secara dimensi, model tersebut lebih panjang, lebar dan tinggi berbanding Range Rover Evoque, serta jarak roda juga ditambah berbanding model British itu.

Tiada maklumat daripada Tata sama ada dua model konsep itu bakal dihasilkan sebagai produk massa. Sekiranya dilaksanakan, gaya rekabentuk mungkin diminimalkan, terutama HX5. Model itu juga akan menjadi tiket Tata untuk menakluk pasaran luar India.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover, Discovery Sport, Geneva Motor Show 2018, GMS2018, Jaguar E-Pace, Jaguar Land Rover, model konsep, New Delhi Auto Expo 2018, platform  Optimal Modular Efficient Global Advanced Architecture (OMEGA), Range Rover Evoque, TATA, Tata E-Vision, Tata H5X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my