• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Monkey Milik John Lennon Terjual £57,500 (RM310,988)

Honda Monkey Milik John Lennon Terjual £57,500 (RM310,988)

March 7, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MONKEY Bike milik ikon rock and roll dan pengasas bersama kumpulan legenda The Beatles, John Lennon dijual pada harga £57,500 (RM310,988) dalam satu acara lelongan di Britain.

Monkey Bike, atau Honda Z50A keluaran 1969 itu dijual hampir dua kali ganda daripada harga anggaran, £30,000 (RM162,307) pada sesi lelongan di Muzium Motosikal Kebangsaan (NMM) di Solihull, England.

Lennon pernah menunggang motosikal ini mengelilingi kediamannya, Tittenhurst Park yang terletak di Berkshire, ketika menginap di sana pada 1969 hingga 1971. Jentera itu dijual John Harington sebagai pemilik terakhir 'motosikal monyet' tersebut selepas memilikinya selama 47 tahun.  dan pernah menyertai pelbagai acara pertunjukan sebelum ini.

BACA >>> Honda Monkey Ikon Beatles, John Lennon Mahu Dilelong, Jualan Dijangka Lebih RM160k

Menurut Harington, dia membeli motosikal tersebut daripada Henry Graham di Hook, Hampshire, iaitu pemilik kedua yang membeli secara terus daripada Lennon sendiri ketika penyanyi itu masih menetap di Tittenhurst Park.

Kejayaan bidaan itu adalah tertinggi pernah dicatatkan pada acara lelongan umum untuk sebuah motosikal Honda Monkey.

GALERI
john-lennon-honda-monkey-1
john-lennon-honda-monkey-2
john-lennon-honda-monkey-3
john-lennon-honda-monkey-4
john-lennon-honda-monkey-5
john-lennon-honda-monkey-6
john-lennon-honda-monkey-7
john-lennon-monkey-bike-1969-honda-z50a-1
john-lennon-monkey-bike-1969-honda-z50a-2

SUMBER: BBC News

Related

233
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 1969 Honda Z50A Monkey Bike, Henry Graham, Honda, Honda Monkey, Honda Z50A (1969), Honda Z50A K1 'Short Tail', John Harrington, John Lennon, The Beatles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev