• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Land Rover Discovery Sport (2015)

PREVIU: Land Rover Discovery Sport (2015)

August 23, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

LR_Discovery_Sport_10

PADA Jun lalu, sekumpulan rakan media pemotoran dijemput melihat dengan lebih dekat Discovery Sport 2015 ketika program pemanduan off road bersama Jaguar Land Rover Malaysia di Sepang.

Selepas hampir dua bulan menanti akhirnya model ini dilancarkan secara rasmi yang ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.0L Si4 Petrol dan 2.2L SD4 Diesel.

HARGA: (Termasuk GST, tetapi tidak bagi cukai jalan dan insurans)

  • Land Rover Discovery Sport Si4 Petrol - RM399,000
  • Land Rover Discovery Sport SD4 Diesel - Akan diumumkan kelak

Land_Rover_Discovery_Sport_pandulajudotcom_20

JAMINAN:

Kedua-duanya ditawarkan jaminan selama lima tahun atau 300,000km bersama servis percuma untuk lima tahun atau 80,000km.

PRESTASI:

Bagi enjin Si4 Petrol, ia menawarkan kuasa sehingga 238hp dan tork 340Nm. Manakala SD4 Diesel pula menghamburkan kuasa 188hp dan tork 420Nm. Kedua-dua varian ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 9-kelajuan.

Land_Rover_Discovery_Sport_pandulajudotcom_19

LUARAN:

Lihat saha bahagian luaran, tentunya begitu mudah mengenal pasti model keluaran Land Rover. Hud enjin berbentuk kubah dan gril bermotifkan sarang lebah merupakan ciri khas produk Land Rover saat ini. Sementara ciri standard lampu depan bersama padanan lampu nyalaan siang (DRL) membuatnya  tampil moden dan berada di dalam kelas tersendiri.

DALAMAN:

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Halewood, Liverpool, kehadiran Discovery Sport menjadi anggota pertama dari keluarga Discovery yang menawarkan konfigurasi tempat duduk 5+2 meskipun dengan ukuran badan yang mampu menampung lima penumpang.

Model tersebut turut berkongsi casis dengan Range Rover Evoque. Memiliki panjang 4,599 milimeter (mm), lebar 2,069 (mm), dan tinggi 1,724 (mm), Discovery Sport kelihatan cukup kompak.

Sususan pada rekaan papan pemuka tampak teratur dan ergonomik. Ia dilengkapi dengan head up display (HUD), skrin sentuh 8 inci, serta tombol instrumen di konsol tengah yang semakin mudah dioperasi.

KESELAMATAN:

Menyentuh soal keselamatan, pelbagai peringkat ciri keselamatan disediakan. Antaranya Hill Descent Control (DSC®), Gradient Release Control (GRC®), Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Traction Control (ETC), Electronic Power Assisted Steering (EPAS), Hill Start Assist, Roll Stability Control (RSC); dan Dynamic Stability Control (DSC).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jaguar Land Rover Malaysia, Kereta, Land Rover Discovery Sport 2.0L Si4 Petrol, Land Rover Discovery Sport 2.2L SD4 Diesel, Land Rover Discovery Sport 2015, Pandu uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my