• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Fakta Menarik Renault Twizy (2015)

6 Fakta Menarik Renault Twizy (2015)

August 24, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Renault_Twizy_pandulajudotcom_1

MASA yang dinantikan akhirnya tiba apabila TC Euro Cars mengumumkan penjualan kereta elektrik sepenuhnya, Renault Twizy. Model kompak elektrik sepenuhnya ini ditawarkan dalam dua varian menarik iaitu Urban dan Cargo.

Apa membezakan kedua-dua varian ini adalah kehadiran sebuah tempat duduk penumpang di bahagian belakang bagi Urban dan Cargo pula menawarkan ruang but kedap air berkapasiti 180L

HARGA: (Termasuk GST tetapi tidak termasuk insurans)

  • Renault Twizy Urban - RM71,888
  • Renault Twizy Cargo - RM73,888

Renault_Twizy_pandulajudotcom_4JAMINAN:

sama seperti semua kenderaan penumpang Renault yang lain, selang servis Twizy adalah 10,000km atau enam bulan (mana-mana tiba dahulu).

Ia juga hadir bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km manakala tiga tahun atau perbatuan sejauh 50,000km untuk bateri dan rangkaian kuasa elektrikal.

Renault_Twizy_pandulajudotcom_3MOTOR ATAU KERETA?:

Ramai bertanya, Twizy ini motor atau kereta memandangkan karakternya adalah separuh kereta dan motosikal, Walau bagaimana, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan ia adalah sebuah kereta setelah menjalankan ujian.

PRESTASI:

Twizy dijana bateri lithium-ion berkuasa 6.1kWh yang terletak di bahagian bawah tempat duduk hadapan. Atas kertas jentera ini mampu memecut sehingga 80kmj hasil bantuan motor elektrik yang mampu menjana kuasa maksimum 17hp dan tork 57Nm.

Untuk mengecas, kabel yang terletak pada ruang hadapan hanya perlu disambungkan dengan mana-mana outlet berkuasa 230V/240V. Cas penuh hanya mengambil masa selama tiga jam setengah sahaja. Manakala ia boleh dipandu sejauh 100km.

DALAMAN:

Memasuki ruang dalaman, ia tampak ringkas – tiada radio mahupun penghawa dingin. Walaupun tampak kecil dengan ruang yang terhad, sebenarnya tempat duduk di belakang agak selesa.

Tetapi, hati-hati sekiranya hujan kerana Twizy tidak memiliki tingkap. Jika hujan, kenalah sediakan baju hujan dan pakai topi keledar.

Renault Twizy Urban_pandulajudotcom_4KESELAMATAN:

Aspek keselamatan tidak dilupakan, Twizy menawarkan tali pinggang keledar empat poin (untuk pemandu) dan sebuah beg udara. Bagi varian Urban, tali pinggang keledar tiga poin untuk penumpang belakang turut disediakan.

Renault Twizy Cargo_pandulajudotcom_2SPESIFIKASI:

KUASA MAKSIMUM 17hp
TORK 57Nm
BATERI 6.1kwh lithium ion
TEMPOH CAS PENUH BATERI 3.5 jam
KELAJUAN MAKSIMUM 80kmj
JARAK PERJALANAN100km
RODA 125/80 R13 (Hadapan) / 145/80 R13 (belakang)
HARGA RM71,888 (Urban) / RM73,888 (Cargo)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Cargo, Pandu Uji Renault Twizy, Renault, Renault Twizy, TC Euro Cars, Urban

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my