• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BikinMotor: KTM 390 Duke 'Badmaash', Jadi Scrambler Lebih Ganas

#BikinMotor: KTM 390 Duke 'Badmaash', Jadi Scrambler Lebih Ganas

March 5, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

972
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALI ini kami bawakan scene modifikasi dari India. Kepada pemilik KTM 390 Duke, ini untuk anda! Idea cetusan bengkel Rajputana Customs di Jaipur itu boleh dijadikan ilham kepada mereka yang sudah bosan dengan penampilan standard naked bike dari Austria itu.

Rajputana Customs mengubah 390 Duke menjadi sebuah scrambler garang.  Penampilan pertama dapat dikesan tentulah warna badan yang disembur cat hitam dan putih. Warna hitam mewakili tema ‘Badmaash’ yang kemudian dipadankan dengan putih pada bahagian tangki.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Berani Tukar Pulsar RS200 Jadi Ninja H2R

Saiz tangki sedikit tinggi dipasangkan grip tangki untuk menguatkan cengkaman peha penunggang. Menariknya, kluster instrumen digital diletakkan pada tangki untuk meminimumkan rekaan kokpit. Bar hendal didatangkan dengan perlindung tangan supaya lebih selamat.

Lampu depan bulat LED mengingatkan kita kepada model konsep Husqvarna Svartpilen 701. Lampu belakang juga bercirikan LED. Subfrem belakang bukan saja memegang pelana tunggal, tetapi juga nombor plat di bawah. Rim aloi dihitamkan, manakala rekaan ekzos bergaya agresif. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang bagi menawarkan kualiti pengendalian optimum.

Keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera di depan dan belakang. Bahagian enjin masih kekal sama, berkuasa 42hp pada 9000rpm dan tork 37Nm (7000rpm). Hantara kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2018/03/26784197_1773606169338059_5580971373045481472_n.mp4

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

972
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: bikin motor, KTM 390 Duke, KTM Malaysia CKD, kustom, Kustom Rajputana, Modifikasi, Modifikasi KTM 390 Duke, Modifikasi Motor, roda2, ubah suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my