• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Dokumentari 'I Am Paul Walker' dalam Pembikinan, Dedah Kisah Hidup Aktor Fast & Furious

Dokumentari 'I Am Paul Walker' dalam Pembikinan, Dedah Kisah Hidup Aktor Fast & Furious

March 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH dokumentari mengenai kisah hidup aktor Hollywood, yang juga peminat kereta, Paul Walker hasil kerjasaman Paramount Network, Network Entertainment dan pembikin filem, Derik Murray.

Dokumentari berjudul 'I Am Paul Walker' akan meneroka karier filem dan lakonan bintang 'Fast & Furious' itu yang turut mendedahkan minatnya terhadap hidupan laut dan marin, termasuk kerja-kerja amal di Haiti berikutan tragedi gempa bumi di Haiti.

BACA >>> Brazil Tayang Muzikal Memperingati Legenda F1, Mendiang Ayrton Senna

Masih tidak jelas apakah keghairahan Walker dengan dunia kereta akan diperincikan dalam filem dokumentari tersebut, tetapi sebagai aktor yang dikenali umum sebagai 'gila kereta', memang mengejutkan jika mendiang bukanlah seperti itu.


Walker meninggal dunia pada November 2013 apabila Porsche Carrera GT yang ditumpanginya terbabit kemalangan selepas merempuh tembok lampu konkrit hingga terbakar. Hasil siasatan kemalangan memutuskan tragedi itu berpunca akibat kelajuan kenderaan ketika berlanggar, dipercayai antara 130-150kmj, dan tayar lama yang berusia 9 tahun.

Pemilihan Murray sebagai pengarah dianggap tepat kerana dia sebelum ini memang pernah menghasilkan profil filem untuk selebriti lain seperti Heath Ledger, Muhammad Ali dan Bruce Lee. Bagaimanapun, tarikh sebenar dokumentari 'I Am Paul Walker' tidak didedahkan.

SUMBER: People Movies

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Derik Murray, dokumentari, dokumentari Paul Walker, Fast & Furious, Fast and Furious, filem, filem dokumentari, Paul Walker, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev