• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Senarai Penuh 24 Pelumba MotoGP 2018, Saingan Pertama Bermula 17 Mac di Qatar

Senarai Penuh 24 Pelumba MotoGP 2018, Saingan Pertama Bermula 17 Mac di Qatar

February 25, 2018 By Aryon 2 Comments

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SENARAI pelumba kategroi premier Kejuaraan MotoGP 2018 sudah pun dimuktamadkan kira-kira seminggu selepas ujian pra musim di Litar Buriram, Thailand pada 16 Februari lalu.

Pengumuman senarai akhir pelumba MotoGP 2018 sedikit lewat kerana memberi peluang kepada pasukan Monster Yamaha Tech 3 mendapatkan pelumba baru bagi menggantikan pelumba kedua merekat, Jonas Folger yang terpaksa menarik diri disebabkan masalah kesihatan. Sebaik saja wakil negara kita, Hafizh Syahrin disahkan sebagai pelumba kepada pasukan yang berpangkalan di Perancis itu, MotoGP langsung mengumumkan senarai penuh semua pelumba MoyoGP 2018.

BACA >>> Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

Musim ini, peserta terdiri daripada 10 pelumba yang mewakili pengeluar asal (factory) dan 14 pelumba lagi mewakili pasukan lumba bebas (independent team rider - ITR). Ujian pramusim ketiga dan terakhir akan berlangsung pada 1-3 Mac ini di Qatar sebelum perlumbaan sebenar bermula di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 17 Mac nanti.

Hafizh menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama bersaing dalam kelas tertinggi MotoGP. Selain Hafiz, cuma ada seorang pelumba Asia yang turut berentap dalam MotoGP 2018, iaitu Takaaki Nakagami dari Jepun, mewakili LCR Honda Idemitsu Honda.

Pastinya kelibat pelumba negara itu dinantikan penuh debaran.

SENARAI PELUMBA MOTOGP 2018

#4 Andrea Dovizioso, Itali: Ducati Team (Factory)
#5 Johann Zarco, Perancis: Monster Yamaha Tech 3 (ITR)
#9 Danilo Petrucci, Itali: Alma Pramac Racing Ducati (ITR)
#10 Xavier Simeon, Belgium: Reale Avintia Racing Ducati (ITR)
#12 Tom Luthi, Switzerland: EG O,O Marc VDD Honda (ITR)
#17 Karel Abraham, Republik Czech: Angel Nieto Team Ducati (ITR)
#19 Alvaro Bautista, Sepanyol: Angel Nieto Team Ducati (ITR)
#21 Franco Marbidelli, Itali: EG O,O Marc VDS Honda (ITR)
#25 Maverick Vinales, Sepanyol: Movistar Yamaha MotoGP (Factory)
#26 Dani Pedrosa, Sepanyol: Repsol Honda (Factory)
#29 Andrea Iannone, Itali: Team Suzuki Ecstar (Factory)
#30 Takaaki Nakagami, Jepun: LCR Honda Idemitsu Honda (ITR)
#35 Cal Crutchlow, Britain: LCR Honda Castrol Honda (ITR)
#38 Bradley Smith, Britain: Red Bull KTM Factory Racing (Factory)
#41 Aleix Espargaro, Sepanyol: Aprilia Racing Team Gresini (ITR)
#42 Alex Rins, Sepanyol: Team Suzuki Ecstar (Factory)
#43 Jack Miller, Australia: Alma Pramac Racing Ducati (ITR)
#44 Pol Espargaro, Sepanyol: Red Bull KTM Factory Racing (Factory)
#45 Scott Redding, Britain: Aprilia Racing Team Gresini (ITR)
#46 Valentino Rossi, Itali: Movistar Yamaha MotoGP (Factory)
#53 Tito Rabat, Sepanyol: Reale Avintia Racing Ducati (ITR)
#55 Hafizh Syahrin, Malaysia: Monster Yamaha Tech 3 Yamaha (ITR)
#93 Marc Marquez, Sepanyol: Repsol Honda Team (Factory)
#99 Jorge Lorenzo, Sepanyol: Ducati Team (Factory)

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Kejuaraan MotoGP, MotoGP 2018, roda2, senarai pelumba, sukan permotoran

Comments

  1. Usin Kangkong says

    February 26, 2018 at 3:11 PM

    Wah terbaiklah Hafizh Syahrin kebanggaan kita!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my