• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Modifikasi Berani Tukar Pulsar RS200 Jadi Ninja H2R

#BikinMotor: Modifikasi Berani Tukar Pulsar RS200 Jadi Ninja H2R

February 23, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA pemilik Modenas Pulsar di Malaysia, mungkin idea modifikasi ini boleh dipertimbangkan. Niat hati mahu beli Kawasaki Ninja H2R, tetapi wang tabungan pula tidak cukup. Sekarang, apa kata kita jelmakan Pulsar jadi adik H2R. Tidak kisahlah kena kecam pun, pekakkan saja telinga.

Caranya adalah dengan merujuk model kustom LeeAT Moto (LeeAT) dari Vietnam ini. Rekabentuk badan Bajaj Pulsar RS200 dipadankan panel badan yang dibikin sendiri untuk menyerlahkan imej agresif seakan H2R.

Bahagian tuil brek dan klac diambil daripada jenama Brembo dan boleh laras, siap dengan pelindung.  Bahagian meter bercirikan analog dan digital. LeeAT juga memilih bar hendal clip-on versi aftermarket untuk posisi tunggangan lebih agresif.

BACA >>> Penunggang Malaysia Capai Misi Enduran Iron Butt 1,609km dengan Modenas RS200

Walaupun rupa lampu depan nampak benar kepalsuannya, Pulsar RS200 dipadankan lampu depan Audi untuk gaya unik. Bagi tunggangan meyakinkan, suspensi depan dilengkapi fork terbalik (USD) Öhlins, manakala belakang masih mengekalkan monoshock Nitrox.

Bar frem trellis pada perimeter sisi frem sekadar estetika semata-mata. Ekzos menggunakan jenama Akrapovic seperti digunakan BMW S1000RR. Enjin Pulsar RS200 ini berkapasiti 199.5cc dengan kuasa 24hp dan tork 18.6Nm. Hantaran kuasa ke roda belakang pula disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Model kustom Pulsar RS200 ini turut dipasangkan deflektor angin jenis bubble untuk kesan aerodinamik lebih baik. Keseluruhannya, modifikasi dilakukan nampak sangat berlebihan, terutama untuk motosikal berkapasiti kecil. Tetapi tetap boleh dipuji kerana berani tampil berbeza dan menarik perhatian.

BACA >>> Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?

Related

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Bajaj Auto Ltd, Bajaj Pulsar RS200, bikin motor, Kawasaki, Kawasaki Ninja H2R, LeeAT Moto, Modenas, Modifikasi, roda2, ubah suai

Comments

  1. Amran says

    February 24, 2018 at 12:00 PM

    Kesian tengok. Terima lah hakikat tu ialah bajaj pulsar rs200..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my