• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Malaysia Tawar Pelan Bayaran Ansuran dan Lanjutan Servis

BMW Malaysia Tawar Pelan Bayaran Ansuran dan Lanjutan Servis

February 22, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROGRAM Inklusif Minyak BMW atau BMW Oil Inclusive Programme menawarkan pelan pembiayaan ansuran Maybank yang membolehkan pemilik BMW menikmati tempoh pembayaran ansuran selama enam hingga 12 bulan secara Ezypay dengan perbelanjaan minimum RM500.

Dibawakan BMW Group Malaysia (BGM), pemegang kad Maybank boleh membuat transaksi ansuran bulanan bagi urusan selepas jualan seperti servis kenderaan, lanjutan jaminan dan pakej servis, baik pulih, badan dan cat, alat ganti dan aksesori serta barangan gaya hidup.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BGM, Han Sang Yun berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperkenalkan inisiatif baru kepada pelanggan bagi meningkatkan keseronokan pengalaman pemilikan BMW.

"Kami ingin mengukuhkan matlamat supaya pelanggan menikmati kereta mereka dan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda walaupun tempoh servis sebenar sudah tamat," katanya.

BACA >>> BMW Tamatkan Riwayat M3 F80 Mei Ini, Mahu Tumpu Bangunkan 3 Series dan M3 Baharu

BMW Oil Inclusive Programme now available with Maybank Instalment Plan
cus_care_img1
cus_care_img2

Program tersebut juga membolehkan pemilik BMW melanjutkan servis kenderaan mengikut tahun atau perbatuan (5 tahun/60,000km, atau 5 tahun/100,000km) pada harga kompetitif. Misalnya, BMW 1 Series (2013) dengan perbatuan 70,000km, yang sudah luput tempoh servis dan jaminan, boleh memilih pakej 5 tahun/100,000km untuk menikmati faedah servis berjadual percuma hingga 2023 atau 170,000km, mana satu tiba dahulu.

Berikut anggaran kos bagi setiap servis mengikut model. Pengiraan adalah berdasarkan purata sela servis 10,000km. Mungkin berbeza mengikut tarikh pengeluaran kenderaan dan gaya pemanduan pemilik.


BMW Oil Inclusive Programme akan memberikan pemilik peluang menikmati harga tetap selama 5 tahun selepas pembelian, termasuk ketenangan minda kerana kenderaan mereka disenggara juruteknik BMW yang cukup terlatih dan bertauliah. Pakej senggara adalah termasuk produk minyak (sintetik Penuh) dan penapis minyak tulen BMW, termasuk kos buruh.

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BGM, BMW, BMW Group Malaysia, BMW Group Malaysia (BGM), BMW Oil Inclusive Programme, Pelan Bayaran Ansuran BMW, Pembiayaan Ansuran Maybank, PROGRAM Inklusif Minyak BMW

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev