• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lotus 3-Eleven 430 - Tetap Penanda Aras Baharu Kereta Sport dengan Nilai Wang

Lotus 3-Eleven 430 - Tetap Penanda Aras Baharu Kereta Sport dengan Nilai Wang

February 22, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


LOTUS 3-Eleven 430 adalah versi terbaharu varian 3-Eleven sebagai model sport Lotus tanpa bumbung yang dibangunkan untuk prestasi jalanan dan trek.

Dijana enjin 3.5L supercas Toyota V6, 3-Eleven 430 ini mampu meledakkan kuasa setinggi 430hp, sama seperti tanda nama digunakan, dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.1 saat dan kelajuan maksimum mencecah 289kmj. Material seluruh badan dibuat daripada gentian karbon, membantu meningkatkan tahap aerodinamik jentera yang menghasilkan dayabawah (downforce) sekitar 265kg pada kelajuan 289kmj.

3-Eleven 430 turut dilengkapi brek AP Racing, peredam Öhlins dan dua tayar Michelin Cup.

BACA >>> Lihat Foto, Spesifikasi dan Fakta Menarik Tentang Lotus 3-Eleven & Evora Sport 410

Menurut Lotus, berat 3-Eleven 430 cuma 970kg yang memberikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) pada 467hp per tan, lebih baik berbanding banyak supercar lain di pasaran.

Lotus-3-Eleven-430-1
Lotus-3-Eleven-430-2
Lotus-3-Eleven-430-3
Lotus-3-Eleven-430-4
Lotus-3-Eleven-430-5

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lotus, Jean-Marc Gales berkata, apabila 3-Eleven didedahkan kali pertama, ia menggambarkan generasi baharu yang betul-betul foku sebagai kereta sport kelas dunia.

“Ia mengubah persepsi tentang apa yang boleh berlaku pada kategori harga begini, dan hari ini 3-Eleven 430 menggerakkan penanda aras untuk kekal sebagai senjata utama dalam pemanduan jalanan dan trek," katanya.

Lotus 3-Eleven 430 direka khas sempena meraikan ulang tahun Lotus yang ke-70 dan cuma 20 unit dikeluarkan seluruh dunia pada harga bermula £102,000 (RM555,788).

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: convertible sports car, Kereta Sport, kereta sport konvertibel, Lotus, Lotus 3-Eleven, Lotus 3-Eleven 430, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev