KAMI baru terima foto dan pertanyaan pembaca tentang sosok sebuah sportbike. Katanya, bahagian enjin nampak semacam Yamaha R25, tetapi rekabentuk seperti superbike popular, Yamaha R1. Apakah itu Yamaha R25 versi facelift yang hangat diperkatakan?
Daripada sumber diterima, tidak sama pula dengan gambar yang dipertontonkan. Tanpa buang masa, unit risikan kami segera menyelidik kesahihan gambar tersebut dan memang betul itu ialah Yamaha R25 rekaan baharu, tetapi hanya dijual di Jepun!
Tetapi tunggu dulu, foto R25 itu bukanlah rekaan rasmi, sebaliknya versi modifikasi dihasilkan pengedar motosikal di sana, Bike House Zero untuk jualan umum. Jadi, tidak hairanlah modifikasi tersebut nampak kemas seperti keluaran kilang.
Berdasarkan spesifikasi dinyatakan dalam laman web rasmi pengedar itu, ada beberapa bahagian ditukar seperti fairing sebelah depan, lampu utama (projektor), lampu posisi, lampu signal LED (depan sahaja), cermin sisi lebih kecil dan akhir sekali, skema warna Yamaha R1 (2015).
BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2018) Terima 2 Warna Baharu - Harga Kekal RM20,630
Ditawarkan pada harga ¥698,760 (RM25,400) dalam pakej lengkap dengan modifikasi, 'R25 bikin' itu dijual RM3,000 lebih mahal berbanding model standard. Apapun, nilai itu masih dalam julat harga munasabah untuk peminat motosikal. Tetapi, sayang sekali buat peminat tempatan kerana R25 gaya R1 itu cuma ada di pasaran Jepun. Tiada tawaran pakej modifikasi berasingan.
Kalau berminat, kenalah import sendiri, tetapi berapa caj cukai sendiri kena fahamlah. Ok?
GALERI
SUMBER: Bike House Zero
Abdul Manaf bin Daud says
cukai import kenderaan yang melampau kadang-kadang menyebabkan peminat permotoran hanya mampu telan liur dan berangan-angan sahaja