• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CB150 Verza (2018) Kini Bergaya Retro, Maskulin

Honda CB150 Verza (2018) Kini Bergaya Retro, Maskulin

February 20, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

553
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA baru saja menerima model sportbike termurah dikeluarkan PT Astra Honda Motor (AHM), Honda CB150 Verza (2018) serba baharu pada harga Rp19,950,000 (RM5,721) untuk rim tetuang, dan Rp19,300,000 (RM5,534) untuk rim jejari.

Verza (2018) generasi kedua itu menampilkan pengemaskinian grafik strip pada badan, dengan rekabentuk lampu depan bulat ala jentera retro. Penampilan baharu serba maskulin itu, dengan siri nama CB yang cukup identik dengan model sport naked Honda, direka untuk praktikaliti tunggangan seharian pada harga mampu milik. AHM turut mengemas kini lampu belakang dengan rekaan lebih kompak bersama perincian dalaman berlapis.

Tidak ketinggalan, lampu signal belok rekaan berlian turut diubah yang menyerlahkan ciri aerodinamik. Kluster meter bercirikan digital penuh dengan paparan spidometer, odometer, tripmeter 1, dan 2.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kelajuan, Bacaan Spidometer Moped Kerap Berbeza?

Presiden Pengarah AHM, Toshiyuki Inuma berkata, Verza baharu didatangkan dengan penambahbaikan rekabentuk yang tampil lebih maskulin berserta ciri dikemas kini.

Ada dua pilihan varian diperkenalkan: rim jejari dan rim tetuang. Varian rim tetuang menawarkan pilihan warna Masculine Black (hitam), Bold Red (merah), dan Macho Silver (perak), manakala rim jejari cuma berwarna hitam. Trenkuasa masih menggunakan enjin SOHC bersesaran 149.2cc penyejukan udara berkuasa 13hp dan tork 12.7Nm. Hantaran kuasa disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan.

KREDIT FOTO: TMC blog| SUMBER: Astra Honda

Related

553
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AHM, Boon Siew Honda, Honda, Honda CB, Honda CB150 Verza, Honda CB150 Verza (2018), naked bike, naked sport, PT Astra Honda Motor, roda2, sportbike, Verza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my