PADA Februari lalu, dunia automotif Indonesia kecoh sebentar apabila brosur Toyota Yaris bocor ke media sosial sebelum pelancaran rasmi model subkompak hatchback itu. Bukan saja perincian spesifikasi, imej spyshot turut tersebar.
Terbaharu, Toyota Yaris (2018) versi dipertingkat atau facelift akhirnya dilancarkan secara rasmi ke pasaran Indonesia dengan menampilkan beberapa perubahan major beserta ciri menarik. Penampilan luaran dikemas kini baharu yang kali ini lebih sporty dan bergaya.
1. ADA 6 VARIAN, HARGA MULA RM79k
Toyota Yaris (2018) facelift didatangkan dengan 6 pilihan varian:
TRD Sportivo CVT: Rp275.9 juta (RM79,031)
TRD Sportivo MT: Rp 264.1 juta (RM75,651)
G CVT: Rp254.7 juta (RM72,959)
G MT: Rp243.7 juta (RM69,808)
E CVT: Rp247.2 juta (RM70,810)
E MT: Rp235.4 juta (RM67,430)
2. ENJIN 1.5L (105hp, 140Nm)
Toyota masih menaruh kepercayaan kepada enjin 2NR-FE 1500cc berkuasa 105hp dan tork 140Nm untuk menggerakkan Yaris. Selain dipadankan transmisi manual 5-kelajuan, Yaris turut menawarkan pilihan transmisi variabel berterusan (CVT) dengan pedal syif.
3. LUARAN SPORTY
Rekabentuk Yaris (2018) facelift baharu tampak sporty dan ada kelas. Lekukan badan dengan sudut tajam bermula lampu depan hingga gril bawah memberikan penampilan segar. Karakter jelas terserlah menerusi lampu siang (DRL) yang bersatu dengan gril piano hitam.
Rekabentuk lampu berlapis dan nipis dengan alur mendatar memberikan efek lebar pada penampilan Yaris baharu dengan rekaan yang seakan bersatu dengan pintu belakang, manakala rim aloi 16-inci dua tona melengkapkan penampilan dinamik.
BACA >>> #Spyshot: Foto Toyota C-HR Dikesan, Sedia Lancar Bulan Depan?
Bahagian belakang juga berubah dengan rekaan lampu lebih panjang dan ramping. Garis tajam hingga ke sisi badan sudah menjadi identiti Yaris. Menerusi ukuran badan ramping, Yaris (2018) facelift didatangkan dengan ukuran panjang badan 4,145mm, lebar (1,700mm), dan tinggi (1,475mm) serta jarak roda (2,550mm). Dimensi tersebut adalah lebih panjang berbanding sebelumnya.
4. KABIN ELEMEN 'SURF WAVE'
Rupa kabin turut berubah dengan mengetengah konsep ombak luncur (surf wave) yang dihiasi kemasan perak pada beberapa ruang dalaman. Tidak ketinggalan sistem infotainment definisi tinggi (HD) yang dilengkapkan sambungan iPod, miracast, weblink, Internet dan tetingkap multifungsi serta aplikasi kawalan jauh menerusi telefon pintar untuk varian G dan TRD Sportivo.
Varian TRD CVT menampilkan kemasan stereng kulit berserta pedal syif. Kotak gear CVT diberikan dua mod pacuan: Eco atau Sport. Kawalan penyaman udara kini dalam bentuk digital dengan mod auto, manakala Bluetooth, penghidup tanpa kunci @ keyless dan punat mula-henti kini menjadi ciri standard semua varian.
5. CIRI KESELAMATAN LENGKAP
Toyota Yaris (2018) facelift dilengkapkan ciri keselamatan termaju seperti 7 beg udara, kawalan stabiliti kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak untuk semua varian.
Man says
Kalau masuk ckd malaysia ni boleh tapau jazz maa..
Yusri says
Saya ni dah teramat bosan dengan kereta jenis mata tajam. Dari Lexus sampailah ke Merc sekarang pun, lampu mata tajam je. Dah jemu nengoknya. Takde ke design lain?
Apa pun, ingat nak angkat Yaris ni. Suka banget kereta takde bontot ni. Harap kerajaan dapat kurangkan sikit harga kereta tahun depan.
Hehe.
Shafie says
Sy pun minat yaris dgn tampil sporty dan harap harga mampu milik bwh 80k.