• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Supra (2018) Bakal Muncul Semula, Model Konsep Diperkenalkan Mac Depan

Toyota Supra (2018) Bakal Muncul Semula, Model Konsep Diperkenalkan Mac Depan

February 20, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS sekian lama berspekulasi, model legenda paling dinantikan, Toyota Supra bakal melakukan debut pada Pameran Motor Geneva 2018. Ini bukan andaian atau khabar angin lagi kerana Toyota sudah pun menyiarkan kenyataan media rasmi yang berjudul 'The Legend Returns' (Kembalinya Sang Legenda).

Sedikit ayat teaser tersebut saja sudah cukup mengujakan walaupun yang ditemui dalam kenyataan rasmi Toyota ialah perkataan 'konsep'. Namun, model konsep tersebut memberi isyarat mengenai komitmen Toyota dalam memperkenalkan semula model sport ikonik itu ke pasaran dunia.

Pendekatan tersebut sama seperti dilakukan BMW  menerusi model Z4 Concept beberapa bulan lalu. Kali ini giliran Toyota pula mendedahkan foto teaser Supra generasi baharu. Walaupun imej penuh masih disimpan rapi, rupa belakang model tersebut jelas menyerlahkah siluet Supra terkini  dengan spoiler besar.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2017

Sebenarnya, Supra dan Z4 Concept dibangunkan atas platform sama hasil kolaborasi Toyota dan BMW yang membabitkan bahagian enjin dan trenpacu. Bakal dipasarkan di bawah divisyen permotoran, Toyota Gazoo Racing (TGR), model itu bakal didedahkan kepada umum, 6 Mac depan.

Bersama kita nantikan kemunculan semula model legenda yang cukup popular suatu masa dahulu.

GALERI

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Geneva Motor Show 2018, Kereta Sport, Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, Supra, Toyota, Toyota Supra, Toyota Supra (2018), Toyota Supra Concept (2018), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev