• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #AutoExpo2018: Honda X-Blade 160 (2018) - Streetbike Generasi-Z Lancar Bulan Depan

#AutoExpo2018: Honda X-Blade 160 (2018) - Streetbike Generasi-Z Lancar Bulan Depan

February 14, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA X-Blade 160
serba baharu dilancarkan sempena Auto Expo 2018 yang dijangka memberikan saingan sengit kepada model streetbike di pasaran, Yamaha FZ-S V2.0 dan Suzuki Gixxer dengan menampilkan rekaan bersegi serba sporty.

Paling menonjol ialah rekabentuk lampu utama LED penuh yang mengambil ilham robot Transformers, tangki minyak bersegi, rel belakang berasingan, dual bukaan port peredam, rim aloi, konsol instrumen digital penuh dengan indikator anjakan gear dan tempoh senggara, dan lain-lain. Menurut Honda, motosikal ini disasarkan kepada penunggang milenial yang dipanggil Honda sebagai Generasi-Z.

Perincian teknikal masih tidak didedahkan, tetapi asasnya, X-Blade 160 dikuasakan enjin silinder tunggal 162.71cc penyejukan udara dengan Teknologi Eco Honda (HET) dan transmisi 5-kelajuan. Kuasa dan tork juga tidak dimaklumkan, tetapi dijangka sekitar 15hp.

BACA >>> Suzuki Hayabusa (2018) Versi CKD, Lancar di India

Jarak roda ialah 1,347mm, bertujuan meningkatkan kestabilan tunggangan, termasuk menggunakan tayar belakang lebar 130mm untuk prestasi pengendalian sporty. X-Blade 160 dijangka di pasaran pada Mac 2018, manakala harga juga tidak didedahkan.

Ada 5 pilihan warna ditawarkan: Matte Marvel Blue Metallic (biru), Matte Frozen Silver Metallic (perak), Pearl Igneous Black (hitam), Pearl Spartan Red (merah), Matte Marshal Green Metallic (hijau).

2018-honda-x-blade-8
2018-honda-x-blade-1
2018-honda-x-blade-9
2018-honda-x-blade-3
2018-honda-x-blade-2
2018-honda-x-blade-4
2018-honda-x-blade-7
2018-honda-x-blade-6
2018-honda-x-blade-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Expo 2018, generasi-Z, Honda, Honda X-Blade 160, motosikal, roda2, streetbike, Transformers

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev