• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Toyota Alphard Facelift (2018) Dikesan di Malaysia, Penghantaran April Ini

#Spyshot: Toyota Alphard Facelift (2018) Dikesan di Malaysia, Penghantaran April Ini

February 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

391
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor bulan lalu memuat naik pra tempahan model Toyota Alphard facelift (2018) dan Vellfire facelift (2018) di laman web rasmi selepas tiga minggu kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah itu debut di Jepun. Tetapi itu tidak bermaksud model berkenaan sudahpun berada di Malaysia dan sedia dihantar kepada pelanggan.

Terbaru, kami menerima imej spyshot model tersebut di Putrajaya yang bakal menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA). Alphard facelift (2018) itu didatangkan dengan enjin 3.5L V6 suntikan bahan api baharu yang bukan saja menambah baik prestasi tetapi juga memberikan penjimatan bahan api lebih baik.

Hantaran kuasa dibuat transmisi 8-kelajuan Direct Shift menggantikan kotak gear automatik 6-kelajuan. Alphard facelift (2018) turut dilengkapi ciri mula-henti auto, kerusi VIP digabungkan dengan meja, kawalan panel penyaman udara antara perehat tangan dan monitor cermin penuh (FDM). Tidak ketinggalan pengecas telefon pintar tanpa wayar dan monitor titik buta (BSM).

Ciri FDM Alphard facelift (2018) turut memaparkan imej kamera belakang secara langsung  pada cermin pandang belakang yang membantu pemandu melihat belakang kenderaan dengan jelas. Paparan pandangan juga lebih lebar. Pasaran Malaysia didatangkan dengan 2 pilihan varian:

  • Alphard 3.5 - bermula RM429, 800
  • Alphard 3.5 Executive Lounge - bermula RM540,800

Rupa luaran menampilkan gril penuh dengan kemasan krom bersama lampu depan bercirikan grafik dalaman baharu. Selain Alphard, unit Vellfire turut dikemas kini dengan menampilkan ciri FDM, BSM, pengecas tanpa wayar, mula-henti dan skrin infotainment lebih besar di tengah.

Toyota Alphard Dan Vellfire
Menurut sumber, kedua-dua model facelift itu sudahpun berada di pasaran dan proses penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada minggu pertama April ini. Setakat 12 Februari lalu, UMW Toyota Motor menerima 14 unit tempahan Alphard facelift (2018) dan 45 unit Vellfire. Setiap model MPV mewah itu didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI

Related

391
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: foto spyshot, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Spyshot, Toyota, Toyota Alphard facelift (2018), Toyota Vellfire facelift (2018), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my