JUARA bertahan CP130, Zaqhwan Zaidi teruja dapat meraih podium pada pusingan ke-6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, sekalipun dibayangi kejayaan Ahmad Fazrul Sham dan Ahmad Afif Amran.
Biarpun bermula dari barisan ketiga akibat kesilapan dilakukan semasa pusingan ujian, pelumba berusia 21 tahun itu tetap tampil cemerlang apabila berjaya menghadiahkan tampat ketiga buat pasukannya.
" Banyak perubahan kami lakukan sebelum menuju ke Kangar dan terus mempertingkatkan keupayaan jentera sewaktu sesi latihan dan ujian masa. Namun kesilapan ketika sesi Superpole menjadikan peluang untuk muncul juara agak sukar.
" Saya berharap momentum seperti ini akan berterusan pada baki empat pusingan akan datang. Dengan baki 100 mata maksimum yang ada, saya percaya peluang untuk berada di kedudukan lima pelumba terbaik keseluruhan pada penghujung musim nanti masih terbuka," katanya.
Leave a Reply