• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Wira - 'Kereta Panas' Nombor Satu Diburu Pencuri Malaysia Sepanjang 2017

Proton Wira - 'Kereta Panas' Nombor Satu Diburu Pencuri Malaysia Sepanjang 2017

February 11, 2018 By Han Othman 2 Comments

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Wira mengekalkan ranking sebagai kereta paling diminati pencuri sepanjang 2017, iaitu sebanyak 654 unit walaupun mencatatkan pengurangan jumlah kes kecurian yang ketara berbanding 2016 (951 unit), berkurangan 31 peratus.

Sembilan model lain di bawah Wira ialah Toyota Hilux (537), Perodua Kancil (378), Proton Iswara (340), Perodua Myvi (290), Proton Waja (391), Proton Saga (214), Honda Civic (133), Honda City (119) dan Toyota Vios (117). Dibandingkan tahun sebelumnya (2016), tempat kedua hingga ketujuh ialah model sama.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh 'Claim' atau Tidak?

Apa yang berubah ialah ranking kelapan hingga ke-10, yang mana Vios dari tempat kelapan turun ke kedudukan ke-10, manakala Civic dan City masing-masing naik satu anak tangga. Bagaimanapun, berdasarkan statistik dikongsikan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) itu, jumlah kes kecurian sepanjang 2017 mencatatkan penurunan berbanding 2016.

Ironinya, walaupun 10 model kereta di atas paling banyak dicuri, tetapi itu bukanlah bermakna pemiliknya paling banyak membuat tuntutan insurans. Sebaliknya pemilik yang paling banyak membuat tuntutan insurans ialah pemilik model Toyota Vellfire, Mitsubishi Pajero, Toyota Hilux, Peugeot 308, Peugeot 508, Nissan Vanette, Lexus RX350,  BMW 7, Proton Perdana, dan Ford Courier.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, insurans, kereta paling banyak dicuri 2017, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), PIAM, Proton Wira, Roda4

Comments

  1. Lyana says

    February 13, 2018 at 10:52 AM

    Nampak tak penangan Wira? Hahaha...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev