• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Turut Jadi Destinasi Nissan Leaf (2018)

Malaysia Turut Jadi Destinasi Nissan Leaf (2018)

February 10, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


MODEL Nissan Leaf (2018) akan mula dijual di pasaran Asia Oceania sebagai antara komitmen pengeluar automotif dari Jepun itu ke arah masa depan persekitaran yang lebih bersih dan pemanduan lebih efisien.

Nissan akan melancarkan model tersebut di Australia, Hong Kong, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Thailand, termasuk meneroka pasaran Indonesia dan Filipina bagi memperkenalkan kenderaan emisi sifar. Pengumuman tersebut dilakukan pada perhimpunan Masa Depan Nissan di Singapura yang dihadiri pemimpin industri, kakitangan Kerajaan dan wakil media.

BACA >>> Sayap Pesawat Jadi Inspirasi Nissan LEAF (2018), Debut September Ini

Naib Presiden Kanan Rantau Nissan, Yutaka Sanada berkata, Nissan sedang berusaha meluaskan pasaran model Leaf sebagai ikon Mobiliti Pintar.  Nisaan mahu mengubah pengguna ke arah dunia lebih baik menerusi peralihan kepada kenderaan elektrik (EV).

KOMITMEN NISSAN

Kajian Frost & Sullivan pada acara itu menunjukkan permintaan kukuh yang menandakan EV memiliki potensi berkembang di Asean. Pada 2010, Nissan berjaya menjual 300,000 unit Leaf dan tahun lalu (2017) memperkenalkan Leaf serba baharu yang direka semula sepenuhnya dengan dilengkapi teknologi termaju seperti sistem e-Pedal bagi pemanduan satu pedal.

Trenkuasa Leaf dipertingkat kepada 148hp dan tork 320Nm, termasuk menambah baik aspek kehalusan, keselesaan dan praktikaliti.

BACA >>> Nissan Leaf (2018) Kembali! Mampu Redah Sejauh 378km, Tiada Lagi Rekaan Alien

Leaf (2018) diperkenalkan September tahun lalu dan mula dipasarkan ke Jepun bermula Oktober 2017 sebelum disusuli Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada Januari 2018. Pasaran Eropah pula akan menerima Leaf (2018) bulan ini yang kemudian dipasarkan ke 60 negara seluruh dunia.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Frost &Sullivan, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Nissan, Nissan LEAF, Nissan LEAF (2018), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my