• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Sonata Hybrid dan Plug-In Hybrid (2018) Lebih Jimat, Lebih Kilometer

Hyundai Sonata Hybrid dan Plug-In Hybrid (2018) Lebih Jimat, Lebih Kilometer

February 9, 2018 By Han Othman Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI mendedahkan Sonata Hybrid dan Plug-In Hybrid (PHEV) baharu sempena Pameran Auto Chicago 2018. Dua model mesra alam itu masih mengekalkan rekabentuk sama seperti Sonata (2018) dengan diberikan penyegaran rupa pada bahagian depan dan belakang menerusi penampilan lampu utama LED baharu, gril, bonet, fender depan, lampu belakang dan lid dek belakang.

Hyundai Sonata Hybrid (2018) dikuasakan kombinasi enjin petrol 2.0L berkuasa 154hp dengan motor elektrik berkuasa 51hp. Gabungan kedua-dua kuasa menghasilkan kuasa 193hp dengan tahap penjimatan bahan api 16.5km/liter (bandar), 19.2km/liter (lebuh raya) dan 17.7km/liter (bandar-lebuh raya). Jenis transmisi cuma automatik 6-kelajuan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Kereta Hibrid, Hibrid Plug-In dan Kereta Elektrik?

Menurut Hyundai, Sonata Hybrid mampu beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik pada kelajuan 120km dengan menyahgandingkan (decoupling) enjin petrol daripada trenpacu. Jarak perjalanan bagi isian tangki penuh petrol adalah lebih 1,046km.

PHEV - CUKUP UNTUK PEMANDUAN HARIAN

2018-SonataHybrid-12
2018-SonataHybrid-11
2018-SonataHybrid-17

Sonata Plug-In Hybrid pula dibekalkan pek bateri polimer lithium-ion 9.8kWh yang lebih besar (lebih 1.76kWh berbanding Hybrid normal) yang membolehkan Sonata PHEV ini bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 43km.

Hyundai mendakwa bateri Sonata Plug-In Hybrid (2018) boleh dicas kurang 3 jam dengan pengecas dua tahap. Malah, pemilik sedan PHEV ini mampu menyelesaikan rutin pemanduan harian mereka tanpa menggunakan walaupun setitik petrol.

Enjin petrol menggunakan unit sama seperti Sonata Hybrid, 4-silinder 2.0L berkuasa 154hp. Bezanya, Sonata PHEV ini bekerja dengan unit motor elektrik yang lebih berkuasa, 67hp (50kW). Gabungan kuasa hibrid antara motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman membolehkan model ini menghasilkan kuasa setinggi 202hp yang dipacu transmisi automatik 6-kelajuan. Juga tiada opsyen transmisi lain.

BACA >>> #PanduUji: 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Hyundai Sonata (2015)

Teknologi keselamatan aktif terdiri daripada Pengesanan Titik Buta (BSD) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) hingga Brek Kecemasan Automatik (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Suluh Tinggi Automatik (AHBA)

Sistem hiburan pula membariskan unit infotainment dengan navigasi, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, port auksiliari dan iPod/USB, SiriusXM dan Bluetooth, termasuk sistem audio premium Infinity dengan 9 pembesar suara (sebagai opsyen).

Hyundai Sonata Hybrid (2018) dijadualkan berada di pasaran pada suku pertama 2018, manakala versi PHEV akan menyusul pada suku kedua tahun ini.

GALERI

 

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hibrid plug-in, Hyundai Sonata, Hyundai Sonata Hybrid (2018), Hyundai Sonata Plug-In Hybrid, kereta hibrid, Pameran Auto Chicago 2018, Roda4, Sedan, sedan segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev