• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berseronok Sambil Cari Kerja, Datang Art of Speed Malaysia di MAEPS, 24-25 Februari Ini!

Berseronok Sambil Cari Kerja, Datang Art of Speed Malaysia di MAEPS, 24-25 Februari Ini!

February 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAMPIL berbeza seperti tahun sebelumnya, Art of Speed Malaysia bakal menganjurkan festival kereta pertama, 'All Car Nation' sempena 'Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018' pada 24-25 Februari ini di MAEPS, Serdang. Lebih istimewa, tiada bayaran masuk dikenakan.

AKTIVITI MERIAH

Ada pelbagai aktivit menarik sepanjang acara anjuran Art of Speed Malaysia kali ini seperti menaiki belon udara panas percuma, terjun bungee, cabaran simulator dan permainan karnival, klinik dan teksi drif , pandu uji kereta, pertandingan kereta stance, pameran kereta klasik/retro/moden, Hotwheels dan ujian dyno (tiga kategori) pertama di Malaysia.

Pengunjung juga bakal dihiburkan persembahan artis jemputan seperti Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf. Semuanya dibawakan khas SL1M.

PELUANG BAWA PULANG MYVI

perodua myvi baharu 2018
Pengunjung juga berpeluang memenangi model popular, Perodua Myvi serba baharu sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda siapa yang tahu.

SL1M - TAWAR PELUANG PEKERJAAN

Selain aktiviti di atas, seperti dimaklumkan agenda utama acara tersebut ialah 'Program Temu Duga Terbuka SL1M'. Ada pelbagai jawatan kerja ditawarkan kepada pengunjung yang sedang mencari pekerjaan dengan kelayakan minimum daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) hingga ijazah doktor falsafah (PhD).

SL1M ialah program inisiatif Kerajaan dalam usaha membuka ruang peluang pekerjaan kepada graduan dan sesiapa saja yang sedang mencari pekerjaan, termasuk menyediakan latihan kemahiran dan kursus lepasan siswazah, terutama kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: art of speed, Art Of Speed Malaysia, Auto Terkini, MAEPS, pameran kereta, Program Temu Duga Terbuka SL1M, Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018, SL1M

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my