• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Foto Toyota C-HR Dikesan, Sedia Lancar Bulan Depan?

#Spyshot: Foto Toyota C-HR Dikesan, Sedia Lancar Bulan Depan?

February 13, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI menantikan ketibaan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR ke pasaran tempatan sejak tahun lalu. Jelajah pameran model itu sudah pun bermula Mei 2017, manakala pra tempahan dibuka UMW Toyota Motor, bulan lalu.

BACA >>> Tempahan Toyota C-HR Kini Dibuka, Enjin 1.8L Berkuasa 135hp - Harga RM145,500

Persoalannya, bilakah model tersebut akan dilancarkan ke pasaran Malaysia? Sudahlah menunggu lama, tiada angin dan tanpa disangka syarikat lain pula melancarkan model tersebut (baca SINI).

Akhirnya, risikan meja cendol berhasil. Kami baru saja mendapatkan foto spyshot di Putrajaya, tadi. Malah, sumber juga memaklumkan C-HR bakal dilancarkan penghujung Mac depan, tetapi tarikh rasmi belum ditetapkan. Apapun boleh berlaku, dan tidak mustahil majlis pelancaran itu ditunda pula ke awal April, tetapi buat masa ini keputusan masih di penghujung Mac.

spyshot-toyota-chr-pandulaju-9
spyshot-toyota-chr-pandulaju-4
spyshot-toyota-chr-pandulaju-10

Mengesahkan lagi bakal ketibaan model tersebut ialah maklumat ringkas C-HR, termasuk harga yang didedahkan UMW Toyota. Berikut maklumat ringkas spesifikasi C-HR versi Malaysia:

SPESIFIKASI

ENJIN: 4-silinder sebaris, 16 injap DOHC dengan Dual VVT-i
KOD ENJIN: 2ZR-FE (1.8L)
TRANSMISI: CVT dengan 7-kelajuan Sequential Shifmatic
KUASA MAKSIMUM: 138hp @ 6,400rpm
TORK MAKSIMUM: 171Nm @ 4,000rpm

HARGA

Model import (CBU) dari Thailand itu akan dijual pada harga bermula RM145,500.

LUARAN & WARNA

  • Lampu projektor halogen automatik dengan lampu siang (DRL) LED, berserta fungsi Follow Me Home.
  • Rim aloi 17-inci
  • Lampu belakang LED
  • Lampu lumpur (puddle lamp) di bawah cermin sisi

PILIHAN WARNA

  • White Pearl (putih)
  • Metal Stream Metalik (kelabu)
  • Attitude Black Mica (hitam)
  • Red Mica/Black (bumbung hitam)
  • Blue Metallic/Black (bumbung hitam)

KABIN

Kemasan kabin didatangkan dengan upholsteri kulit hitam. Dibekalkan ciri masukan pintar dan punat mula-henti. UMW Toyota Motor hanya mendedahkan sedikit saja maklumat mengenai C-HR untuk pasaran Malaysia.

CIRI KESELAMATAN

  • 7 beg udara
  • Monitor Titik Buta (BSM) & Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Bantuan Stabiliti Kenderan (VSA) dan Kawalan Traksi (TRC)
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dan Brek Pegun Auto (AHB)
  • Sensor Parkir Belakang

UMW Toyota Motor tidak membawa masuk versi 1.2L turbo kerana harga akan jadi lebih mahal. Pilihan yang terbaik adalah membawa masuk C-HR 1.8L. Kemunculan crossover itu semakin hampir, cuma perlu bersabar sikit saja lagi. Simpan dulu keterujaan anda dan mulakan bayar wang deposit dan tempahan.

GALERI
VIDEO

https://youtu.be/x_p4zNURfUw

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Spyshot, SUV, Toyota, Toyota C-HR, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev