SEBAIK saja Perodua melancarkan Myvi serba baharu, terus saja tercetus spekulasi mengenai bakal kehadiran model baharu Daihatsu Sirion di Indonesia. Apatah lagi Perodua memang sudah direkrut Daihatsu sebagai wakil pemasang dan pembuat model-model jenama tersebut untuk pasaran negara jiran itu.
BACA >>> Perodua Myvi (2018) - Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran
Berita paling terbaru ialah tersiarnya foto bocor Sirion berwajah Myvi baharu yang siap dengan logo Daihatsu. Foto Myvi @ Sirion warna ungu (Mystical Purple) itu kini sedang berlegar di ruang maya. Berdasarkan foto, memang dapat disahkan Sirion versi Indonesia adalah model rebadge Myvi Malaysia hampir 99 peratus sama. Apa yang berbeza ialah logo saja.
JENIS VARIAN TIDAK DIKETAHUI
Bagaimanapun, jenis varian yang akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui. Namun, seandainya varian Sirion premium menyamai Myvi Advance di Malaysia, model itu bakal menjadi satu-satunya model yang menampilkan ciri paling premium dalam segmen tersebut di Indonesia. Apa tidaknya, Myvi premium dilengkapkan ciri 4 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Signal Henti Kecemasan (ESS), dan amaran tali keledar (inipun termasuk ciri premium?)
BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu
Malah, Myvi turut disertakan ciri masukan tanpa kunci, penyaman udara digital, stereng kulit, bilah pengelap automatik, dan butang tekan mula, termasuk menampilkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) dan meraih rating 5 bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP.
Namun, ramai kalangan pembeli Indonesia menjangka 'Sirion Myvi' itu akan 'disunatkan', yakni dikurangkan spesifikasi asal. Kalau benar pun menyamai spesifikasi Myvi, harganya pasti akan melambung tinggi. Apatah lagi model-model Sirion itu dibawa secara CBU dari Malaysia, iaitu dipasang keseluruhannya di kilang Perodua.
Malaysia sangat beruntung, kata mereka. Sama saja seperti orang Malaysia yang katanya Indonesia lebih beruntung. Harap semua dapat bertenang.
Ahmad says
Indonesia beruntung kerana menggunakan logo daihatsu.. maka ramailah pemilik myvi malaysia akan menukar logo perodua kpd logo daihatsu..
Anti macai says
Macai
Man says
Mana nak tempah logo daihatsu sirion? Nak pasang kat perodua myvi baru beli ni..
Sayang Myvi says
Patutla mayvi 3rd gen ni nampak buruk dan lagi kecil, rupanya designer malaysia yang buat.. harap 4th gen myvi japun sambung buat balik