• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Isuzu D-Max (2018) Facelift Lebih Garang dan Umphh! - Harga Bermula RM105,811

Isuzu D-Max (2018) Facelift Lebih Garang dan Umphh! - Harga Bermula RM105,811

February 7, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

isuzu d-max facelift 2018 malaysia
ISUZU Malaysia membuka tirai 2018 menerusi pengenalan trak pikap terbaharu, Isuzu D-Max versi dipertingkat atau facelift dengan rekaan lebih menarik dan garang. Bukan saja menerima warna baharu iaitu ungu, model facelift 2018 ini turut menampilkan penambahbaikan dalaman.

Warna ungu (Cavalry Mica) baharu ini akan menggantikan warna lama, iaitu biru (Nautilus Mica). Warna baharu itu akan tampak kehitaman dalam keadaan gelap, dan ungu gelap jika di bawah sinaran matahari. Antara penambahbaikan dibuat ialah sistem autotainment dengan skrin 8-inci dan navigasi GPS, ciri audio pintar Smart Mirroring, WiFi, USB, iPod, Bluetooth dan lain-lain.

Bagaimanapun, penambahbaikan ini hanya melibatkan varian premium, termasuklah versi 3.0L, 2.5L dan D-Max Z-Prestige. Harga jualan bermula RM105,811.

isuzu d-max facelift 2018 malaysia
Isuzu D-Max (2018) facelift turut didatangkan dengan bekas kargo gelongsor (D-Max Z-Prestige) yang juga boleh dijadikan pilihan semua varian D-Max. Bekas kargo itu boleh dialih ke pintu belakang yang secara tidak langsung memudahkan pengguna mengambil barang.

Memasuki ruang dalaman, D-Max (2018) facelift turut menampilkan kerusi balutan kulit dan rekaan geometri sporty dan kontemporari.

BACA >>> Isuzu D-Max Utah dengan Pek Aksesori Hunstman, Khas untuk Pemburu (UK Sahaja)

ENJIN KEKAL

isuzu d-max facelift 2018 malaysiaisuzu d-max facelift 2018 malaysia
Aspek mekanikal, rangkaian kuasa Isuzu D-Max (2018) facelift masih lagi kekal dengan model sedia ada. Dengan bantuan kotak gear automatik 5-kelajuan Sequential Shift, enjin 2.5L dan 3.0L masing-masing menyalurkan kuasa 134hp dan 175hp. Maklumat lanjut boleh layari www.isuzu.net.my/pickup/ atau hubungi talian bebas tol Isuzu di 1-300-88-1133.

isuzu d-max facelift 2018 malaysia

Related

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: dmax baru, enjin isuzu d-max facelift 2018, harga isuzu d-max facelift 2018 malaysia, isuzu d-max 2018, isuzu d-max facelift, isuzu d-max facelift 2018, isuzu d-max facelift 2018 malaysia, isuzu dmax facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev