• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Avanza 1.5X Versi Sporty dan Ranggi, Harga RM82,700

Toyota Avanza 1.5X Versi Sporty dan Ranggi, Harga RM82,700

February 7, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

667
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) bakal memperkenalkan Avanza 1.5X versi dipertingkat (facelift) dengan penampilan serba sporty dan ranggi. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-tempat duduk itu kini dibuka untuk tempahan pada harga RM82,700, tidak termasuk insurans (untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung).

BACA >>> Toyota Avanza Facelift Lebih Ranggi (2015)

Avanza 1.5X menerima perubahan kosmetik dengan kemasan kit hitam dan perak pada bampar depan dan belakang. Bahagian gerbang roda pula dipasangkan penutup hitam seperti gaya kenderaan off-road, manakala reflektor belakang disepadukan bersama lampu belakang yang tampil seakan rekaan lampu kombi.

NAIK TARAF AKSESORI

Pelanggan juga boleh memilih memasang rak bumbung dan rim aloi 16-inci, termasuk menaik taraf sistem audio menerusi sistem DVD-AVX atau DVD-AVN. Kedua-dua ciri hiburan itu hadir dengan skrin sentuh bersaiz besar dengan paparan kamera undur. Avanza 1.5X juga disertakan pelayar internet yang memerlukan sambungan WiFi pengguna, dan sistem navigasi GPS.

Semua varian Avanza termasuk 1.5X baharu ini dilengkapi ciri keselamatan terbaik. Antaranya, dua beg udara di depan depan, tali pinggang keledar 3-poin setiap kerusi dan dua pautan ISOFIX di tempat duduk barisan kedua bagi membolehkan pengguna memasang kerusi keselamatan kanak-kanak.

Pembeli ditawarkan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, dan sah untuk pemilik seterusnya selagi dalam tempoh lima tahun jaminan. Avanza 1.5X akan mula ditayangkan di semua bilik pameran Toyota pada 24 Februari ini sempena acara Toyota Weekender. Pertanyaan lanjut boleh layari laman Toyota.com.my.

Related

667
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: avanza, Avanza 1.5X, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Toyota Avanza, Toyota Avanza 1.5X, UMW Toyota Motor

Comments

  1. Musang says

    February 7, 2018 at 9:23 PM

    Sedih..makin ketinggalan..toyota sila bawak masuk Rush baru cepat...avanza dh tak relevan..klu nk clear stock just turun harga jual murah2 sudaa....

    Reply
  2. Amran says

    February 8, 2018 at 9:13 PM

    Laku keras avanza kalau mcm ni.. pergh! Esok aku tukar vannette aku ke avanza ni.. kah kah kah!

    Reply
    • ABG GYL says

      February 8, 2018 at 11:52 PM

      Hahaha. Itulah penangan Hilux

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev