HONDA pada Oktober tahun lalu di Pameran Motor Tokyo menayangkan kepada umum prototaip Cross Cub 110 yang bakal menjadi produk masa depan baharu pengeluar itu. Kini versi pengeluaran sudah pun dilancarkan bersama model dengan enjin lebih kecil Cross Cub 50.
Kedua-dua motosikal itu tampil berbeza berbanding Cross Cub pasaran Jepun terdahulu. Seperti model lama, rekabentuk masih berasaskan skuter Super Cub, tetapi diubah suai menjadi lebih ranggi dengan suntikan elemen off-road.
Nampak seperti kombinasi yang pelik, tetapi Cross Cub itu sendiri memang perlu kelihatan berbeza berbanding Super Cub. Beberapa trademark asal dikekalkan seperti madgad lengkung di depan dan belakang, kotak fius di sisi badan, ekzos rendah dan frem badan.
BACA >>> Honda Pratonton 3 Model 2018: X-ADV, Africa Twin dan CB1000R [Foto + Spesifikasi Asas]
Apa yang berbeza pula ialah kedudukan lampu utama yang diubah dari atas bar hendal ke bahagian tengah, manakala fairing ditanggalkan yang jelas mendedahkan rupa enjin dan menyerlahkan imej off-road moped klasik itu. Lampu utama Cross Cub 110 dilindungi sangkar besi, dan rim hitam 17-inci dibalut sepasang tayar bunga tebal.
Penampilan versi 50cc memang tidak nampak langsung perbezaan ketara. Selain nama model yang tertera pada kotak fius, varian 50cc dapat dibezakan pada saiz rim krom lebih kecil, 14-inci.
MASUK MALAYSIA?
Setakat ini tidak diketahui apakah Cross Cub 110 dan Cross Cub 50 termasuk dalam senarai 10 model Honda yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Apa diketahui setakat ini Honda Monkey adalah antara model baharu yang disahkan bakal diperkenalkan Boon Siew Honda (BSH) tahun ini. Namun, ada satu lagi model kapcai misteri yang masih dirahsiakan namanya.
Kalau mengambil kira aspek pasaran, rasanya model Super Cub ataupun Cub Cross mempunyai potensi untuk sukses berikutan gaya klasik dan retro yang semakin menjadi trend baru pengguna masa kini. Apatah lagi ada ramai kelompok penunggang yang ternanti-nanti sebuah jentera jimat minyak dengan gaya bukan konvensional. Asalkan harga tidak cekik darah dan mengundang segala maki hamun.
Fahmi says
Minta pihak honda masukkan honda cross cub 110 dalam pasaran malaysia, kerana bentuknya yang klasik, saya jangkakan motor niakan laku dipasaran malaysia
FADZIL BIN HJ. SAAD says
Price