• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Imej Pertama Hyundai Santa Fe (2019) Didedahkan

Dua Imej Pertama Hyundai Santa Fe (2019) Didedahkan

February 7, 2018 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI menyiarkan dua imej rasmi pertama Santa Fe (2019) menjelang Pameran Motor Geneva 2018 pada Mac ini. Sebelum ini, pengeluar automotif dari Korea itu mendedahkan dua imej teaser dalam bentuk lakaran pereka.

Santa Fe ialah model kenderaan penumpang terbesar Hyundai, dan Amerka Utara adalah antara pasaran paling penting untuk kelangsungan jualan jenama tersebut di sana. Berdasarkan imej dipaparkan, Santa Fe (2019) kini tampak lebih premium berbanding model terdahulu, dan juga lebih panjang serta lebar.

BACA >>> Teaser Hyundai Santa Fe (2019) Versi Lakaran, Serius Cantik!

Tiada perincian spesifikasi dikongsikan, tetapi Hyundai memaklumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kelak akan dimuatkan dengan pakej menyeluruh bagi ciri keselamatan aktif. Ini termasuk  Bantuan Trafik Lintas Belakang atau Rear Cross Traffic Assist (RCTA) yang akan mengaktifkan brek apabila mengesan sebarang lintasan objek di belakang kereta. Bantuan Keluar Keselamatan atau Safety Exit Assist (SEA) pula bertindak mengunci pintu kereta sekiranya ada kenderaan menghampiri dari belakang. SUV itu juga memuatkan banyak sistem aktif lain sebagai sebahagian daripada pakej keselamatan aktif, SmartSense .

Menurut Hyundai, perincian lengkap Santa Fe (2019) baharu akan didedahkan semasa debut rasmi SUV itu pada Pameran Motor Geneva 2018 nanti.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, foto Hyundai Santa Fe (2019), hyundai, Hyundai Santa Fe, Hyundai Santa Fe (2019), Hyundai Santa Fe baharu, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev