• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahu Perluas Pasaran Kenderaan Elektrik, Geely Beli Saham Daimler?

Mahu Perluas Pasaran Kenderaan Elektrik, Geely Beli Saham Daimler?

February 7, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GERGASI automotif dari China, Geely nampaknya serius mahu mendapatkan saham Daimler. Akhbar Jerman Bild am Sonntag melaporkan, Pengerusi Geely, Li Shufu kini sedang berusaha melobi untuk menjadi pemegang saham terbesar Daimler dengan pemilikan 6.8 peratus, untuk mengatasi saham Kuwait Investment Authority.

Ada juga berita mengesahkan Zhejiang Geely Holding Group sudah pun membeli saham Daimler, tetapi masih tidak diketahui nilai saham. Ada mendakwa pegangan saham diperoleh di bawah 3 peratus. Apapun, Geely dikatakan sangat berkeinginan menguasai kepentingan pengeluar automotif yang berpangkalan di Jerman itu.

Buat masa ini, pemegang saham terbesar Daimler ialah Blackrock (5.95 peratus), Kuwait Investment Authority (5.33 peratus) dan Pakatan Renault-Nissan (3.1 peratus).

MAKLUMAT TIDAK SAHIH?

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Daimler, Dieter Zetsche mengesahkan masih tiada maklumat tentang pembelian saham itu. Malah, dia sendiri sudah setahun tidak bertemu pengerusi Geely (gambar) dan tiada keperluan untuk Daimler mengambil satu lagi rakan kerjasama dari China kerana pihaknya sudah pun menjalinkan kerjasama dengan Baic Motor Corp, juga pengeluar dari Negara Tembok Besar itu.

Tahun lalu Geely berusaha mendapatkan saham Daimler dengan tawaran AS$4.5 bilion (RM17.5 bilion) tetapi ditolak. Tindakan itu adalah antara langkah agresif Geely dalam mengukuhkan kedudukan di pasaran Eropah selepas membeli Volvo daripada Ford dan London Taxi Company (LTC) pada 2012.

AGRESIF BUAT PEMBELIAN SAHAM

Smart-Vision-EQ-Concept-cover
geely-to-become-daimler-shareholder-123258-7
terrafugia_tf-x_rendering_17

Pada 2016, Geely memperkenalkan jenama Lynk & Co, termasuk menjadi pemegang saham terbesar Lotus dan memiliki hampir separuh saham pengeluar automotif Malaysia, Proton. Geely juga dilaporkan membeli syarikat kereta terbang Amerika, Terrafugia.

Geely dikatakan mahu memiliki saham Daimler sebagai memenuhi rancangan peluasan pasaran kenderaan elektrik (EV) di China. Teknologi bateri EV Daimler adalah antara prospek yang menarik minat Geely.

Apatah lagi Geely memang sedang merancang menubuhkan kilang EV di Wuhan, China. Malah, Kerajaan Beijing bakal menguatkuasakan kuota pencemaran emisi dan China akan menjadi salah satu negara yang beransur-ansur mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, beli pegangan saham, Daimler, EV, Geely, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Li Shufu, Mercedes-benz, Proton, saham, Volvo, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev